Saturday, June 18, 2011

Apa yang penting?!!!

Dulu masa dalam alam pertunangan, perkara pertama yang aku dengan Faizal bincangkan adalah hal tempat tinggal selepas kami kawin nanti. yang penting sekali mana daerah kami nak tinggal. masa bertunang aku stay menyewa di Ampang dan Faizal memang tinggal dengan family di Kg Baru. dari awal lagi memang aku kalau boleh takmo tinggal bersama mertua atas alasan aku sendiri, tak perlulah nak huraikan dekat sini. perkara ke 2 nya, rumah macam mana yang sesuai pun menjadi hal jugak tu. untunglah pada pasangan yang kawin2 je dah ada rumah sendiri hasil hadiah dari ahli keluarga. aku masih menyewa lagi, tak mampu kira2nya untuk beli rumah sendiri...berdoa selalu supaya murahkan rezeki halal tu untuk miliki rumah sendiri nanti. perkara ke 3, perkakas yang perlu ada dahulu untuk kami yang baru nak hidup bersama ni.

Bila dah tentu tempat tinggalnya, mestilah nak kena ada isi rumahnya jugak ye kan. kalau dah menyewa sebuah rumah tak kisahlah rumah jenis apa pun, mestilah ada ruang tamu, bilik tido dengan dapur segala. takkanlah nak menyewa bilik pulak lepas kawin. takkan jugak nak tinggal dalam rumah kosong tanpa ada barang keperluan. mau pening sengal nanti dibuatnya. dah jadi satu hal lagi, bahagian mana satu yang perlu disediakan dulu. pengalaman aku, bahagian rumah yang paling penting perlu disediakan dulu adalah dapur. dan kalau dah memasak, mestilah ada dapur masak, barang2 kelengkapan untuk memasak, kelengkapan untuk menghidang dan kelengkapan untuk penyimpanan jugak. dapur je dah macam2kan, belum lagi bahagian lain.

Tu bab dapur, ruang tamu pulak takkan nak kosong je. mestilah nak ada jugak tv walau tak sebesar home theater. mestilah nak ada entertaiment sikit, taklah sampai balik rumah je dah tak tau nak buat apa. jadi tv tu benda penting jugak kan kalau nak dibandingkan dengan radio sofa permaidani segala tu. sekian jugaklah regernya...ermmm

Bahagian bilik tido tu mungkin takda masalah sangat kot sebab masa kawin kan kita dah beli set bilik tido sesiap dengan gubah bilik pengantin sekali. tu dah settle satu bab, ringan sikit beban sakit belakang ye. belanjawan ni dah termasuk dalam kos duit hantaran sekali kot, ikut pasangan.

Kehidupan selepas majlis kawin ni yang agak memeningkan ye, memang banyaklah belanja perlu dileburkan untuk menstabilkan hidup kita selepas itu. kalau tak kena dengan gayanya, mau kosong kontang je isi rumah nanti. pada aku ini semua bergantung kepada pasangan tu sendiri bahagian mana yang korang rasa perlu sediakan dahulu dan bahagian mana yang boleh sediakan later2. tepuk dada tanya poket sendiri ye.

Tahniah kepada pasangan yang sejak dari sebelum kawin lagi dah suka mengumpul barang2 rumah ni. taklah terbeban sangat bila memasuki fasa pertama alam rumah tangga nanti. yang penting pasangan dapat hidup bahagia, barulah berkat rumah tangga bersama.

Antara barang2 keperluan yang aku beli seminggu sebelum majlis nikah kawin:

senduk sudip

penyangkut barang2

pisau

gunting

kuali

4 comments:

Eri-chan said...

dapur dgn tong gas?itu takde..semua perkakas dapur tarak guna juga....
erk aku punya brg dah byk...memang takyah beli belah sgt kalau lepas kawin pun hihi

Ann Ishak said...

bagus2

Mimy Hamid said...

semua brg di atas saya ada jugak..heheh IKEA mari

Ann Ishak said...

mane lagi kanggggggg