Thursday, June 9, 2011

Kerabu kerang

Faizal cuti hari ni, tapi ada tugas untuk dia. kena ambik kad kawin kami yang dah siap tah berapa lama...baru ni hegeh2 nak pegi ambik. katanya nak singgah dulu dekat rumah my sista, dah lama tak jumpa kakak.

Malam tadi pulak, dia sibuk nak makan kerabu kerang. tapi bukan untuk makan malam tadi tapi untuk makan tengah ari nanti masa lunch. maknanya dia nak makan sorang dekat rumah lah tu. okay sebab dia nak pegi ambik kad tu ari ni, so aku buatkan jugak kerabu kerangnya.

Singgah kedai dulu beli barang2 yang di rasakan takda dekat rumah. biasanya bahan2 mentah aku tak beli secara pukal, takut rosak bila simpan dalam dalam peti ais. yang makan hanya 2 orang sahaja, jarang pulak masak dekat rumah. jadi setiap kali nak masak baru cari bahan2 mentah.

kacang botol di mayang, tak tebal tak nipis

bawang besar, serai dengan cili padi di hiris halus

kerabu kerang, kenalah ada kerangnya. rebus lepas tu kopek kulitnya

Masukkan semua bahan2 tadi dalam satu bekas, lepas tu kacau bagi sama rata. masukkan garam dan perahan limau secukup rasa masin masamnya. gaul2 lepas tu perap lebih kurang sejam 2 bagi mesra rasa limaunya.

sedia untuk di ngap ngapppp

4 comments:

Mimy Hamid said...

skill memasak dah kuar ni..hehehe

Ann Ishak said...

bolehlah...taklah pandai sangat

Eri-chan said...

pergh terbaikla...aku tgh fikir ni..musim raya2 nanti macam2la ko boleh kasi makan kat kitorang kan..ehehee

Ann Ishak said...

takat ko nak makan, insyaAllah aku boleh buatkan. cuma rasa tu aku tak boleh janjilah hihihihi