Thursday, June 16, 2011

Kisah sukan sekolah

Asal petang je mulalah berkejar2 tengah padang buat latihan panaskan badan walaupun waktu tu memang tengah panas terik. masa sekolah mana ada istilah nak jaga kulit. lagi lama duduk berjemur bila masa dah nak hampir pertandingan. acara kegemaran waktu tu dah semestinya acara balapan, acara padang ni ada jugak ikut kemampuan. acara padang pulak aku suka masuk itu lompat jauh, lempar cakera dengan lembing. itu lompat tinggi memang tak lah...mak ada sikit takut dengan itu palang besi wooooooo.

Walau macam mana pun, acara balapan tetap jadi pojaan hati ku. setakat 100m, 200m, 400m, 4x100m, 4x200m tu memang sap sap soiiiiiii la. yelah dulu badan ringan melayang, senang je takat lari pecut ni, cuba sekarang..mau pancit mak oiii. banyak jugaklah menangnya dan ada jugak kalahnya. piala2 tu semua masih ada dalam display cabinet dekat rumah arwah ayah. arwah memang rajin menyimpan semua piala2 ni, semua piala anaknya dipadat simpan dalam cabinet tu je. arwah memang collector, selain dari setem, duit2 lama, piala sukan anak2 jugak disimpan buat kenangan katanya.

Masa zaman sekolah tu pulak, dari sekolah rendah sampai menengah memangnya aku dapat rumah merah je. sekolah aku dulu tu, kalau nak tau orang tu rumah apa, just tengok name tag yang orang tu pakai. kalau merah merahlah rumah dia, kalau kuning, kuninglah rumah dia sama jugak dengan hijau dengan biru. tapi sedihlah, budak2 jaman sekarang ni...macam anak2 buah aku selalu menyungut...asal sukan mesti boringlah. tak paham tang mana pulak yang boringnya. zaman aku dulu kalau suruh turun bersukan, bergumpitalah jiwa tapi budak2 sekarang ni, nak turun padang siap berpaksa pulak. aku ada 2 kakak abang dengan i kakak ipar yang jadi cikgu tak kira rendah ke menengah sama je. kalau turun padang tu pulak...alahaiiiiii macam nak tolong gantikan dia berlari je. rasanya laju lagi aku ni berjalan kot...tu kata kakak akulah. mungkin tu segelintir saja yang tak suka bersukan kot, mesti ramai lagi yang memang sport lover nih. cuma mungkin diorang ni dapat student yang tak berapa nak minat sukan kot. dekat rumah aku tu ha, depan sekolah lagi. setiap petang ramai je dekat padang tu, ada yang main bola sepak, lumba larilah...elok je.

No comments: