Thursday, July 28, 2011

Batminton oh batminton

Pertandingan batminton berlangsung, dah penat practice setiap petang bawak ke malam...tup2 hari ni dah rasa gabraaa pulak. pertandingan diadakan di Setapak, if not mistaken dekat court Datuk Lee Chong Wei selalu berlatih tu. banyak gambo & banner dia dekat court ni, ke memang court ni dia yang punya...tah lah. hari ni rasa gabraaaaa bukan apa, selalunya practice dengan geng2 sendiri...banyak main2 dari bermain. bila tengok ramai lagi yang pro terus self confident jatuh merundum.

Berkat berlatih sungguh2lah kiranya dapat jugak sampai ke final huwahhhhhh terus rasa berlagak terrer pulak. tapi tulah bila dah sampai final, pepahamlah tentu lawannya pun bukan calang2 terrer okay...memang sangat. finally aku tewas jugak tapi berpuas hati dapat sampai ke final.

aku bermain secara beregu, ada aura aku dengan pasangan...boleh jadi partner lagi next time

2 comments:

Eri-chan said...

bgsla badan sihat..aku nak bebasikal..oh nak basikallll

Ann Ishak said...

basikal aku tak mampu weh...ko tau kelemahan aku kan