Tuesday, July 12, 2011

Masala in d'house

Bila dapat peluang balik awal, mulalah kepala ni berfikir...apa nak masak untuk dinner malam ni. since ada masa lebih, so sempatlah nak masak sementara tunggu Faizal balik keja. bila dia balik nanti, siap2 terus ngap je. macam biasa check dalam gobok peti ais apa ada untuk dimasak sekejab lagi. ahaaaaaaaa ada ayam, tengok gobok rempah ratus pulak...emmmm bolehlah nak masak masala ari nih.

ayam pulak yang tinggal tang peha ja...belasahlah labu, janji masak kan

Tumis bawang besar (dihiris), bawang putih (ditumbuk kasar), halia (hiris), dengan kayu kayan menumis. macam biasa masukkan pes rempah kari dan tumis sampai wangi. kemudian masukkan ayam, gaulkan bagi mesra semesta alam.

Ambik 5-6 biji tomato (lagi banyak ayam, lagi banyak tomata) potong dadu. fungsi tomata ni boleh buat lauk ni berkuah. masukkan kentang, pastu tutup periuk...masa ni uolsss lauk dah start berkuah. blend cili hijau 2-3 bijik campur dalam kari. nak lagi kaw, letak cili api sebijik2 dalam kari. letak la berapa banyak pun, ikut nak podeh tahap manakan. letak garam, rasa2 dah nak masak...ambik daun ketumbar segengam. potong2 dangan batang sekali, jangan halus sangat dalam 1cm, campurkan dalam kari.

nallarekek!!!

santan/air asam semua tak payah guna...healthy

menu tambahan - sawi goreng

pencuci mulut - jambu batu

4 comments:

Mimy Hamid said...

mcm masak kari je...nalekkkkk...hehe tapi nak suh mak pit buat la...eheheh...rasa ada macam kari ke tak...ayam peha lagi la best..nyum nyum

Ann Ishak said...

mesti ada rasa kari sebab taruk rempah kari

Eri-chan said...

dah jadi bini2 ni semua kena rajin kan....aku gak yg suka2 hati kiut mood nak masak..yeay

Ann Ishak said...

eri-chan - aku pun ikut mood jugak babe, kena musim kemarau...tak berasap dapur tu