Sunday, August 28, 2011

Baju melayu

Tahun ni merupakan tahun pertama beraya bersama, haruslah nak sedondon bersama suami kan. seperti tahun2 sebelum ni aku selalu sedondon jugak tapi dengan arwah ayah, adik beradik lain ikut color tema memasinglah. tak syokkkkkkk kalau semua pakai color yang sama je, biarlah colorful macam pelangi tuh...barulah meriah gambo hari raya nanti. tapi tahun ni memang aku terasaaaa sangattttttttttt, setiap tahun mesti aku akan belikan baju raya untuk ayah, tapi tahun ni...sabar air mata, jangan mengalir lagi. macam biasalah Faizal akan jahit baju raya sendiri, makanya 2-1 minggu sebelum nak raya barulah mencari kain untuk baju raya sendiri. baju raya aku memang wajib siap dulu sebabnya dari baju raya aku tu nanti baru dia pegi pilih kain untuk baju rayanya pulak. biasanya aku akan hantar berpasang2 jugak dekat tailor, makanya ikut baju mana yang siap dulu, itulah akan menjadi baju rayaku nanti. so tak perlulah nak pening2 kepala nak pilih color apa untuk raya kali ni...ikut je color baju yang dah siap tu.

selit sikit - hadiah hari jadi, best dapat set sudu garfu ni....kuning lagi (jgn marah eri chan, daku ada sudu kuningggggg). anw thanks mu boyfriend, jangan tak tau...lelaki pun suka bagi perempuan sudu jugak

Kan senang kalau boleh beli ready made je tapi maklumlah cik abang saya tu comeiii sangat, alhamdulillah dia boleh menjahit sendiri, bolehlah buat last minutes sebab kena siapkan dulu tempahan orang lain. Faizal selalu cakap, kena siapkan dulu baju orang, baju sendiri tu tak penting sangat...katanyalah, tapi aku ni nak jugaklah dia ada sepasang baju baru untuk raya nanti, sunat kan berpakaian baru di pagi raya. mamat ni dah plan nak buat baju melayu johor la pulak tahun ni, dah bosan katanya berbaju melayu cekak musang...

4 comments:

Eri-chan said...

sakit mata mak tgk spoon & fork kaler kuning nie..

Ann Ishak said...

ngehngehhhhhh larikkkk

Mimy Hamid said...

megat suka beli dari tempah...

Ann Ishak said...

kalau dah ada butik yang sesuai, rembat je...senang tak payah nak pikir2 lagi