Sunday, August 14, 2011

Jangan membazir


gambo ehsan dari Google

Biasanya bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling mencabar sekali, terutama bagi menyediakan persiapan menyambut tibanya syawal. bulan ni jugaklah kita rasa duit banyak keluar untuk nak beli segalanya especially juadah berbuka nanti. itu untuk perbelanjaan harian, belum lagi bab kuih raya bagai. masa tempah tu tak ingat dunia, asal nampak cantik, test pulak sedap manjang...mulalah order je sedangkan ni adalah kuih raya yang ke sepuluh dalam list order yang dah ditempah. wahhhhh mau penuh meja nanti dengan kuih raya sesaja.

Sampai sekarang aku belum ada sekalipun singgah mane2 bazaar ramadhan. memang aku takde perasaan langsung nak pegi pun, all this while Faizal je yang singgah untuk beli kuih badak berendam dengan puding jagung (my arwah ayah fav) yang aku suka sangat tuh. adalah jugak kirim beli murtabak tapi alahaiiiii besar lagi tapak tangan aku nih. kecik sangat tapi harga 2 hengget sekeping. takpelah, aku masak je yang simple2 dekat rumah, bukannya makan banyak pun masa berbuka tu nanti. makan nasi masa berbuka pun boleh kenyang sampai ke sahur, walhal makan ikan goreng dengan sambal colek je.

Bila kita pegi bazaar ramadhan ni macam ada hantukan...nampak tu nak beli, nampak ni pun nak beli jugak. memang ikut nafsu sangat. bayangkan semua jenis makanan ada jual di bazaar ni cuma makpak je yang takde jual okay. tu yang kalau bawak duit 50 hengget pun boleh habis. kesimpulannya kalau teringin sangat tu, aku akan bawak 10 hengget je kot. beli je mana2 makanan yang bawah range harga 10 hengget.

Bila dah banyak sangat makanan yang di beli, haaa dah berlaku pembaziran dekat sini. beli kuih, kuih tak abis makan, beli nasi ayam pun tak abis jugak sebabnya dah kenyang minum air bergelas2. abis tu sapa pulak nak abiskan makanan tu semua. bukannya boleh simpan sampai besok pun sebab belum sampai tengah malam, makanan tu dah tak elok lagi...adoiiiiiiiiiiiii sayang tau. orang yang hidup miskin tu tahanlah berlapar sebab tak mampu nak beli makanan pun. dari bazirkan duit bagi penjual2 tu kaya raya, baiklah sedekahkan duit tu kepada yang lebih memerlukan, tak pun bawak je kuih2 tu tadi dekat surau untuk orang makan selepas tarawih nanti. besar ganjaranya bila kita bersedekah ni especially dalam bulan yang mulia.

5 comments:

Mimy Hamid said...

ye betul..gi param ni habis nafsu nafsi...kami dah jadi sahabat setan...sebab membeli tp tak makan..nyesal lak..tp beli byknk bg org umah mkn sekali..tp tak makan pun..so pasni beliapa korang nkmkan..tak kose dah nak baik sgt belikan

Ann Ishak said...

tau takpe...tak pun beli sikit je, mesti berebut punye. tu baru habis

Anis Azalea said...

sampai hari ni bertahan belum ke param. giler jimat...sebenarnya aku takmo terkena makanan tak sedap dijual org yg nak untung je lebih..

Anis Azalea said...
This comment has been removed by the author.
Ann Ishak said...

sampai hari ni dah setengah bulan kita puasa, aku still tak pegi lagi param...alhamdulillah masih takde perasaan nak singgah