Monday, September 5, 2011

Demam - teringat dah nak raya

Malam tadi rasa badan dah semacam je, tiba2 badan jadi panas sangat dan lemah2 badan...alamakkkkkkk petanda demam ni. gigihkan diri jugak buat tak tau je, malas nak layan sangat tapi kepala rasa makin memberat. Faizal memang tak balik dari kerja lagi, akhirnya layan rawat diri sendiri je dekat rumah...memang dah biasa keadaan macam ni, independence. mujur ubat demam masih ada lagi dalam simpanan + ubat selsema + ubat batuk. cuma antibiotic tu memang kena ambik dari klinik semula. lepas makan ubat, terus masuk tido selimut sampai ke kepala untuk nak bagi badan berpeluh tapi tak jugak, sejuk gilozzzz adalah. rasanya 2am Faizal kejut nak bawak pegi klinik jugak sebab badan masih panas lagi, mamat ni baru je balik dari kerja terus hantar aku pegi klinik. dapat satu injection terus meleleh air mata di pagi yang hening tu, terpaksa jugak sebab dah tinggal beberapa hari je lagi nak raya ni. doc bagi MC 2 hari tapi aku datang kerja jugak sebab banyak kerja nak kena settle sebelum cuti panjang hari raya...alahaiii nak buat macam mane, tanggungjawab jugak tu.

4 comments:

mamaNoriz said...

alahai, kecian nyee..

so dah kebah demam lum?

minum air masak byk2 ok..

Ann Ishak said...

alhamdulillah kebah sudah...berkat minum banyak air masak rasanya

Mimy Hamid said...

peh demam dpt mc pun gi keje...larat sungguh..bawa berehat la...tak cukup rehat tu

Ann Ishak said...

selagi larat ku gagahkan jua...takpelah selagi boleh