Friday, September 23, 2011

Green Lantern

Makin banyak pulak citer superhero yang keluar dekat pawagam sekarang ni kan...ermmm memang haruslah jugak list nak tengok wayang memuncak. cerita yang aku dengan Faizal tunggu2 sangat nak tengok...Green Lantern



Green Lantern adalah filem superhero memaparkan kisah seorang lelaki biasa bertukar menjadi hero dengan kuasa luar biasa. Kuasa Green Lantern dari cincin hijau yang dipakai di tangan kanannya. Lelaki ini adalah Hal Jordan, juruterbang Tentera Udara Amerika bertugas sebagai test pilot.

Sebelum berubah menjadi seorang Green Lantern, Hal Jordan adalah seorang juruterbang yang angkuh, suka cakap besar dan mempunyai ego yang tinggi.

Bermula dengan organisasi Green Lantern Corps yang diserang oleh makhluk asing bercahaya kuning yang ingin merampas kuasa dan menewaskan Abin Sur iaitu pahlawan green lantern yang dilantik untuk menjaga keamanan Corps. Hal Jordan menggantikan tempat Abin Sur dan perlu menewaskan makhluk asing tersebut dari menghancurkan bumi.

No comments: