Thursday, December 1, 2011

Kaulah segalanya

Ingat lagi, dia sentiasa menyediakan kelengkapan untuk aku dari bangun pagi sampailah nak masuk tido semula. Tak pernah pun dia culas menyediakan makan minum pakai anak daranya yang seorang ni bukan sebab aku seorang saja yang dia sayang tapi only aku je yang masih kecik tika itu. Perbezaan yang memang jauh (10 tahun) antara adik beradik yang lain membuatkan masa kecik aku lebih kepada dia dari adik beradik yang lain. Memang tinggal kami berdua je di rumah sedangkan yang lain dah masuk ke alam perkahwinan, alam kerja dan alam IPTA.

Ingat lagi, setiap kali dia keluar mencari rezeki…sentiasa dia pastikan anaknya selamat di sekolah. Pergi berhantar balik berjemput. Dan dia pastikan aku cukup didikan agama walaupun dia sendiri tak mampu memenuhinya.

Ingat lagi, setiap hujung minggu dia sentiasa membawa aku pergi berjalan2 ataupun menghadiri acara keluarga untuk memastikan aku sentiasa rapat dengan ahli keluarga yang lain. Sentiasa pasak dalam kepala, jangan tinggalkan keluarga kerana keluarga akan kekal selamanya walaupun dah ada keluarga sendiri nanti.

Dia hanya ingin pastikan kami adik beradik tetap bersama dalam apa jua keadaan sekali pun. segala pahit manisnya dia mendidik kami, menjaga kami sebagai ketua keluarga harus di kenang sampai bila2.

Bukan kecik2 anak pengorbanan ibu bapa kita untuk membesar dan mendidik kita sehingga boleh berjaya sekarang. Hormati sayangilah mereka ketika mereka masih ada lagi kerana apabila kita kehilangannya nanti akan memberi kesan yang memang amat besar dalam hidup.

5 comments:

Lea Troubker said...

sedih teh bacanya... :(
nice artikel teh... :(

Mimy Hamid said...

menyentuh hati di kala tika ini diriku konflik dalaman ngan mak ...owhh tearss

Eri-chan said...

sedih baca nok...tingat arwah bapak aku..sebab aku masih ada mak..maka kepada mak aku harus memenuhi permintaan dia..

Ann Ishak said...

Lea Troubker - thanks ya

Mimy Hamid - cepat mintak maaf balik dengan emak tu

Ann Ishak said...

Eri-chan - berkad hidup ko nanto babe, insyaAllah