Tuesday, January 3, 2012

Ala...cuti dah habis la

Hari ni dah start kerja semula selepas seminggu berehat bersenang lenang bangun lambat tido lambat segalanyalah sepanjang minggu lepas. hari ni terpaksalah bangun pepagi, keluar awal meredah segala jam untuk mendapatkan rezeki yang halal. takpelah tenangkan fikiran, lapangkan jiwa kerna malam tadi aku dah dapat makan bihun belacan...salah satu makanan kegemaran aku setiap kali ke Miri.

Mula2 dulu aku pun pelik jugak, kenapalah orang Sarawak ni semua makanan nak kena ada belacan...sampaikan bihun ni pun mau taruk belachannnnn jugak ke. dalam pelik2 pun aku order jugak weh, aku kan memang suka makan makanan ala2 pelik gini...tengok rupa tak pelik, bila rasa ermmmm sedap pulak rasanya. bodek ada my friend yg memang asal dari sana untuk kasi resepi;

Mihun di celur

Untuk kuah - kisar bawang besar, cili kering dan belacan. sediakan sekali air, gula apong (kebetulan ada dekat rumah my bro), tepung jagung dan garam.

Untuk sampingan - dekat sini aku gunakan telur rebus biasa aja (sepatutnya gunakan telur padi), sotong biasa (sepatutnya sotong kembang tapi aku kureng suka dengan sotong jenis ni) dan hirisan timun & cili merah.

Didihkan air dan masukkan bahan2 kisar tadi, kacau2 bagi sebati dan mendidih. selepas tu masukkan gula apong, tepung jagung dan garam...masak sehingga mendidih dan pekat. masukkan mihun ke dalam bekas yang sesuai bersama bahan sampingan tadi. tuangkan kuah ke atas mihun dan sedia untuk di makan...nyum nyum nyum. upsss lupalah, bismillahirohmanirohim

3 comments:

Mimy Hamid said...

kak sedap eh?? rasa camner ek...

KhaiRin - anies said...

hntr la kt sini sket

Ann Ishak said...

mimy hamid - sedaplah pada yang suka tapi faizal tak berapa suka sangat