Tuesday, February 7, 2012

My Homemade Thaipusam Soo Hoon Tumis Sotong

Wah melampau pulak nama makanan ni kan, bukannya apa saja letak 'Thaipusam' tu sempena hari bercuti2 panjang ni kan....menyambut tu idoklah ye. niat asalnya nak buat kuah lontong hari ni tapi santan pulak takde, sudahnya buatlah apa2 yang ada di dapur ni.

Teringat ada tengok dalam blog Che Mat buat resepi soo hoon ni, terus teruja nak mencuba jugak. tapi macam biasalah memang ada je yang derhaka (ampun ye Che Mat), saya gunakan bahan yang saya ada saja. terima kasih ye Che Mat kerana berkongsi resepi ni, hasilnya memang tak mengecewakan.

Saya gunakan sotong biasa saja, buang segala isi perut, potong bulat2 cincin tu...cuci dan toskan. buat yang sama jugak untuk kobis ye. Panaskan minyak untuk menumis, tumiskan hirisan bawang bersama bawang putih dan cili padi. selepas itu masukkan sotong dan sos tiram dan kacau rata. akhir sekali masukkan sayur kobis tadi dan sedikit air...gaul rata. perasan secukupnya dan sedia untuk di makan.

Ini adalah menu lunch untuk hari ini...

No comments: