Antara koleksi buku masakan saya yang baru, kebetulan Popular ada buat jualan murah dekat CM awal bulan March. mulanya lama jugak aku belek buku ni, ambik belek letak balik dan begitulah seterusnya sehinggalah aku letak balik tanpa beli pun. tapi aku suka dengan buku ni, senang nak buat rujukan dan semua resepi dalam buku ni merupakan resepi masakan yang biasa kita sediakan di rumah setiap hari. buku masakan ini adalah daripada buah tangan Chef Hanieliza sendiri. ada terbaca yang Chef Liza akan berada di CM jugak untuk mempromosikan buku masakan tersebut, jadinya memang confirm aku ambik buku tu kesudahannya.
Resepi yang terdapat dalam buku ni adalah sangat ringkas cara penyediaannya. pada sesiapa yang berminat untuk memiliki buku ni, bolehlah dapatkan di any Popular sahaja ye.
Harga senaskah buku ni ialah RM39.90 tapi saya mendapat potongan sebanyak 20%, so murahlah sikit. kalau ada yang nak mendirikan rumah tangga atau nak belajar masak tu, harussssslah dapatkan buku ni, memang banyak membantu. taklah nanti mati kutu memikirkan nak masak apa kan, dah katanya 1 hari 1 resepi.
Inilah dia Chef Hanieliza, terima kasih kerana sudi berkongsi masakan chef dengan peminat2 diluar sana dan salah seorangnya adalah saya.
7 comments:
wah..! siap ada signing pnulis lagi...best tu...sy nya bli x de disc ler...):
Special gift tu Ann. Bolehlah mencuba dari satu resepi ke satu resepi. Lagi pun banyak resepinya sesuai buat kita tau...
Nihh kunjungan PERTAMA saya di blog sobat..
jngan lupa ya koment artikel saya ini :D
http://revolution203.blogspot.com/2012/03/game-basmi-tomcat-hadir-di-internet.html
Makasihh happy blogging...
buku dalam simpanan gak ..heheh maklum la tak reti masak
kalu rajin memasak mmg berbaloi bli buku ni
berbaloi sangat...
Salam..
terimakasih kerana membeli buku kakliza..
selamat mencuba resipi dalam buku ini dan semoga berjaya
Post a Comment