Suka makan suhun atau kenal suhun tu macam mane rupanya. ala yang macam bihun tu tapi kalernya jernih je. kalau buat sup tu sedapnya letak suhun ni dengan fucuk tauhu sekali. kali ni aku menyajikan suhun goreng bersoskan tiram pulak, yang penting cepat penyediaannya dan tak banyak barang2 yang nak disediakan untuk masakan ni...that's why i loveeeeee this suhun goreng. lagi pun aku memang suka masak masakan yang express2 ni, tak payah nak berlama sangat di dapur.
Rendamkan suhun dan tos bila dah lembut. kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi ikut tahap kepedasan masing2. hiris daun kucai dan bunga kobis, selepas tu bolehlah panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga wangi. kemudian masukkan udang yang dibuang kepalanya bersama sos tiram dan kicap. bila dah agak masak masukkan hirisan bunga kobis, biarkan sehingga bunga kobis tu agak layu dan masukkan pulak hirisan kucai. selepas tu perasakan dengan garam dan akhir sekali barulah masukkan suhun yang dah ditos tadi. kacau bagi mesra dan sedia untuk di santapppppp.
4 comments:
aslmkm...
hye..!!
j0m j0in GA kat http://l0vec0ntestgiveaway.blogspot.com/2012/04/contest-giveway-by-showmeshawlsecrets.html ;-)
kreatip lol
saya telan air liur tengok pic ni...
takpe telan liur dek ;)
Post a Comment