Monday, April 30, 2012

My Homemade Sup Suhun

Semenjak dua ni terasa badan ni macam start menaik semulalah, kalau nak naik tangga tu sesampainya tingkat empat...mangaiiiiiiiiii mengah semacam pulak rasa. tapi ada jumpa kawan2 yang agak baru seminggu dua tak jumpa dah dok tanya kenapa badan aku nampak susut sangat nih...haiiiiiii pelik. cuma yang pastinya sekarang ni memang aku agak malas dah nak buat morning walk ke jogging ke, even ke gym pun dah boleh bilang dengan jari sebelah tangan je. amatlah sifat malas tu makin menebal di jiwa.

Demi mengikut seruan sang suami yang memang terpaksa rela kurangkan berat badan atas nasihat doctor, terpaksalah sang isteri terpaksa rela ikut berdiet sama demi merialisasikan impian sang suami. vah vah vahhhhhh mithali lah sangat kan. bolehlah sama2 membantu bagi sokongan dan maka dengan itu menu dinner kami malam tadi adalah sup suhun sahaja...memalam hari tak elok makan nasi.

Rendam suhun sehingga lembut dan toskan. panaskan olive oil dan tumiskan bawang putih, halia yang di ketuk sehingga naik bau. kemudian masukkan sausage, udang, sotong, crab stik dan bebola pelbagai jenis yang di potong bulat. seterusnya masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk dan biarkan mendidih. selepas tu masukkan pulak lobak merah, cendawan butang, sawi dan brokoli beserta cili padi yang di ketuk untuk bagi kick masa nak makan nanti. masukkan pulak sos ikan dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan pecahkan telur. kacau bagi mesra semua bahan2 dan tuangkan ke atas suhun tadi.
   
Kalau hari2 makan macam ni, memang mau jugak menyusutnya sang suami ku itu ek...insyaAllah.

4 comments:

Aine Ainun said...

sedapnya....=)))

lady scooter said...

tengah lapar gini...adeiihh.... nampak sedap sangat...hu3...

Mimy Hamid said...

caiyok caiyok selamat berkurus abg bujal

Ann Ishak said...

tengah berusaha ni...;)