Wednesday, July 25, 2012

As-suhuur bersama ayam masak halia dan daun bawang

Juadah as-suhuur pagi tadi, ayam masak halia dann daun bawang. dari mula sehinggalah Ramadhan ke 5 ni, belum ada lagi saya dan suami berbuka dengan nasi. lebih banyak kepada kuih dan desert jelah. itu pun kenyangnya membawa ke lepas tarawih...alhamdulillah. bangun pulak around 4am, sediakan juadah ni ^__^

Panaskan minyak dan tumis halia yang dihiris nipis sehingga naik bau. kemudian masukkan bawang besar yang dipotong wedges, potongan cili kering dan ayam...kacau sehingga ayam setengah masak. setelah itu masukkan pula sos tiram, kicap, serbuk stok ayam, garam dan lada sulah...kacau mesra. seterusnya masukkan pula lada benggala yang dipotong dadu, lobak merah yang dipotong bulat dan biarkan seketika sehingga ke 2 sayur itu hampir masak...kemudian masukkan air dan tutup kuali selama 2 minit. selepas itu masukkan pula potongan daun bawang dan kacau seketika sebelum diangkat. hidangkan bersama nasi panas.

Takdenya nak lawan apa2, hanya juadah ni saja. pepagi lemau sikit nak makan beria, lebih kepada pisat2 biji mata je. lepas makan minum pulak air panas2 memang terasa nikmat as-suhuur tu. selepas tu buat solat tahajud, disusuli dengan membaca al-quran sambil menanti masukkan waktu solat subuh...alhamdulillah dipermudahkan segalanya pagi tadi.

4 comments:

fazitaismail said...

oo mcm tu cara dia masak yer..bleh cilok nie hehe

Mimy Hamid said...

rajin nya masak...mimi goreng telur kerbau je la..sodpptp tula pastu muntah..apakah??

Kella said...

wawahwah.. kita pun buat ayam halia juga 2 hari lepas. nanti kita share ya.. =)

Ann Ishak said...

okay :p