Wednesday, August 15, 2012

Sahur dengan My Homemade Air Belacan bersama Ikan Goreng

Takde apa yang menariknya kalau bangun pagi untuk nak masak hidangan bersahur ni. kiranya apa yang ada jelah dapat di masak, tu pun ala kadar. sepanjang minggu ni aku bangun sahur, tak macam biasa tetengah malam tu dah makan sahur siap2. plan nak masak ikan goreng je dengan sayur sudahlah. nak buat sambal colek, alahai bercinta betul nak menumbuk lada di pagi yang hening ni...nanti kang mau satu taman dengar bunyi lesung batu ku menyanyi. sudahnya aku buat air belacan sudah, janji ada pedas dan boleh dicolek jugak :)

Tomato dipotong dadu. cili padi, bawang besar dan bawang putih di mayang halus. satukan semua bahan2 tadi di dalam mangkuk. pecah2kan belacan dan masukkan air asam jawa. kacau bagi mesra dan make sure belacan tu hancur semuanya. perasakan dan sedia untuk di hidang. senang bebenor kan...

makan dengan nasi panas, lawan pulak dengan ikan goreng

hidangan kenalah balance, tentu ada sayur goreng jugak :)

6 comments:

Mimy Hamid said...

kak nak tiru air belacan...first time tau tau ras macam best jek

Rai said...

rajinnya akak bangun pagi memasak.. akak bangun pukul berapa kak? mak saya kalau untuk sahur dia bangun pukul 3 lebih..saya tak berapa nak sanggup T_T banyak panaskan lauk malam je..(teruk betul..hehe)

MamaEma said...

air belacan?

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - menjadi tak?!!

Ann Ishak said...

Rai - ikut jugak rai, kalau tersedar awal tu dapatlah masak2 sikit...pernah jugak terlajak, masa tu memang minum air milo panas cecah biskut kering je.

Ann Ishak said...

MamaEma - yup...penambah selera makan di pagi hari hihihi