Friday, December 7, 2012

Kougar by Shaz Johar

Sempat meminjam beberapa novel dari Eri Chan masa bertandang ke rumahnya untuk tolong bungkus membungkus door gift perkahwinan. 

Seriously saya tak pernah tau apa itu kougar, tapi bila membaca buku ni membuka ruang untuk saya memahami apa makna kougar yang sebenarnya. watak Kisha dalam cerita ni amat kesian dan menyampah pun ye jugak bila membacanya. walaupun di umur 40 tahun tetapi masih bujang. berkisar perjalanan hidupnya yang bertemu lelaki pelbagai peringkat umur dengan perwatakan yang berbeza. fizikal Kisha yang di gambarkan sebagai moden dan menarik membuatkan dia di minati ramai orang walaupun lelaki yang jauh lebih muda darinya.

Novel Kougar ni menggunakan bahasa harian atau lebih kepada bahasa sempoi gitu...tak bosan langsung bila membacanya. okay meh review sinopsis cerita ni;
Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.

Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun yang bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.

Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur do karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?

KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika di cabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!  

No comments: