Friday, December 21, 2012

Pecah by Khairulnizam Bakeri

Antara novel yang menarik untuk di baca. saya ulang baca sampai 2 kali, lain sangat rasa kepuasan bila habis baca Pecah ni. cerita dalam cerita, kena baca betul2 supaya paham jalan cerita dengan senang. jangan pulak pegi baca bab pertama, lepas tu langkau bab akhir...insyaAllah memang tak paham langsung. sungguh saya ingat cover depan novel ni adalah perempuan tapi bila belek tenung balik, tambahan nampak bayang seperti janggut pulak di sebalik purdah tu dan jalan cerita permulaanya berkenaan dengan rompakan bank...ah confirm lelakilah tu.

Pengolahan setiap watak dalam novel ni jugak adalah sangat bagus, banyak watak2 yang bersangkutan dari awal cerita sehingga ke akhir, even kisah silam jugak. okaylah meh tengok sinopsis ye;

Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.

2 comments:

Bella Heuheu ❤ said...

novel ni mmg best sgt2!

Ann Ishak said...

ye betul, saya setuju sangat :)