Tuesday, January 22, 2013

Gulai Pekat Daging

Hari ni saya rasa happy sangat, dapat melalui keadaan yang menggembirakan kerana terbit rasa confident yang agak tinggi di situ. tak taulah apa keputusannya, di harap menggembirakan jugak.

Takpelah, kita tinggalkan dulu rasa gembira tu ek, meh kita pegi bab masak memasak pulak. malam tadi saya sediakan gulai pekat daging untuk makan malam kami. dah lama tak masak daging di rumah, inilah hidangan daging pertama untuk tahun 2013 ni.
 
Daging di potong kecik dan rebus sehingga empuk. panaskan sedikit minyak dan tumis serai  yang diketuk dan bawang putih, bawang merah, buah keras, kunyit hidup dan cili kering yang dikisar sehingga berbau wangi. kemudian masukkan daging rebusan tadi, kentang yang dipotong wedges, asam keping, daun pandan, daun limau purut dan perasakan dengan garam. kacau mesra sehingga wangi dan masak. setelah itu, masukkan santan. kacau sehingga mendidih dengan api yang kecil. bila dah mendidih, tutup api dan sedia untuk hidankan dengan nasi panas.
 
hidangkan bersama dengan sayur goreng

2 comments:

azieazah said...

Gulai tu Gulai Lemak Cili Padi, la kan? Tapi guna cili kering ya?

Boh daun pandan tu, mesti wangi. Yang pasti bila pekat lagi sedap. Makan dengan pulut kuning pun umphhh nih...!

Ann Ishak said...

betul tu kak, korek tang kudak2nya tu kan :)