Tuesday, April 30, 2013

Jibam by Ujang

Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti

Tak berpeluang langsung untuk menonton movie nya tapi cukup puas hati bila dapat membaca novelnya. 

Novel ni saya beli semasa Pesta Buku Antarabangsa tahun lepas, masa ni je saya berpeluang untuk memilih buku dari karya Ujang. weekend ni kalau berkesempatan lepas election tu nak terjah PWTC lagi for Pesta Buku...tak tau lagi buku apa yang nak di cari. tapi yang pasti mencari buku yang dah susah nak jumpa di pasaran luar. 

Berkisar kisah Jibam, seorang budak yang lambam dan sering dianiaya + sering melakukan perkara yang di anggap bodoh. 

Penulis: Ujang
Terbitan: Creative Enterprise Sdn Bhd
Harga: RM12.90

Jibam tidak pernah menyesali nasib. Jibam juga tidak pernah mempersoalkan takdir. Biar sepanjang hayat akan disulam air mata darah, namun sekalipun Jibam tidak akan pernah menyesal kerana dia adalah wira di medan derita. Cuma kadangkala kehadiran Jibam mengganggu dan mengetuk pintu kerohanian. Membawa bahasa-bahasa Tuhan untuk mereka yang lalai daripada tafsir harfiah kitab-kitab suci. Maka pertempuran nafsu menjadi bertambah sengit hingga mengorbankan Suman si sufi yang tersembunyi. Namun siapa jua yang kasih kepada Jibam akan menemui rahsianya...kerana Jibam bersuara di dalam asyiknya - 'Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti' 

6 comments:

Aien said...

mcm menarik citer nie..ala2 kisah pensil..sedih sgt;-(

Irfa said...

eh teringat kisah silam bila tgk buku ni

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

buku ne buku lama jugakkan?

luqman zakaria said...

macam best tp tak suke membace la.heheh..terukkan.. :(

anis abdullah said...

buku ni sedehhhh sangat

lala yusof said...

saya pernah baca buku ni, nangis