Monday, May 6, 2013

My Ayam Masak Madu PRU13

Cerita yang paling hangat semalam apa lagi kalau bukan pasal PRU13, bukak FB, bukak TV, bukak radio, bukak surat khabar, bukak pintu rumah, bukak pintu kereta...oh rata2nya. seolah2 dah takde cerita lain pulak gamaknya. saya pun tak terkecualilah walaupun tak campur tangan kaki badan dalam agenda politik ni.

Bila duduk mengadap tv malam tadi, memang bukak sokmo channel TV3 nak tengok sapa menang dan kalahnya. FB memang malasssssss nak tengok la, melampo2 sangat pulak status FB memasing...bahasa macam dah takde adab lagi, sedihnya bangsa sendiri pulak tu.  kalau dah kalah tu kalah la, kalau yang menang tu menang la...jalanlah jolok2 sesama sendiri pulak. macam manalah nak bersatu padu macam tu...hai la

Apa2 pun, hari ni selepas berperang bulan bintang dacing roket biji mata semalam...hari ni saya dengan my laki berpuasa sunat. bukan sebab tempat yang kami undi menang dengan jayanya ye tapi ini adalah sebahagian daripada melatih diri kami untuk lebih menghargai mensyukuri mengingatkan diri kami bahawa masih ada kuasa yang paling BESAR dalam hidup kita ni. jangan lupa dalam ingat, jangan lemas dalam kemarau. 

Rutin hidup masih sama, masak dan makan nasi untuk early sahur malam tadi dengan hidangan Ayam Masak Madu ala PRU13...musim pilihanraya katanya.
 
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan merah yang dicincang, hirisan halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.

Kemudian masukkan ayam dan kacau mesra. selepas tu masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, madu, kicap dan kacau mesra dan biarkan sehingga ayam masak (kecikkan api).

Dah masukkan madu tadi tentulah manis kan, saya masukkan sedikit perahan air limau nipis dan perasakan secukupnya.
 
Dah siap...lepas tu saya buat lawan dengan telur masin, sambal gesek ikan bilis dengan sayur togeh. alhamdulillah kenyang sampai sekarang hiksss.
 
Ni tah apa kenanya malam tadi kemain mengada2 pulak mintak di belai peluk manjang je. layan jugaklah tapi bila masa saya nak tido kena keluarkan jugak miaw ni.

4 comments:

Aishah Jahirah said...

Sedap ayam pru tu...heheee...meow manja tu kan...

Ayu azmir said...

sodapnya.... macam nak rase je...

Kesuma Angsana said...

my feveret, mmg sodap !

M@W@R Q@SeH said...

terus lapo tgk ayam madu ni..huhuuuu