Friday, September 20, 2013

Simple Red Velvet

Dah lama saya buat kek ni, sehari sebelum raya Aidilfitri yang lepas....lama kan. buat kek ni pun untuk di bawa ke rumah ibu mertua, boleh la di makan malam raya tu plan asalnya. tapi tak potong pun malam raya tu, dah kekenyangan makan juadah berbuka, mak masak macam2 malam tu...anak menantu makan dengan gembira je.

Saya yang dok berkira2 tak tau nak buat kek apa asalnya. tak tau macam mana boleh timbul keinginan nak mencuba buat kek Red Velvet ni. tak cuba tak tau kan, tapi alhamdulillah apa yang di ingini tercapai...takut jugak la terbantat ke kek tu nanti.

Bangga la sikit nak bawak kek ni bertandang ke rumah mertua kan :) 

Nak resepi kan, meh ambik je...
 
Bahan2

240gm mentega
300gm gula kaster
4 biji telur
300gm tepung rendah protein
10gm susu tepung
1 sudu teh esen vanila
50gm air
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu makan pewarna coklat
1 sudu teh baking powder

Cara2

1. Pukul mentega dan gula sehingga gebu. selepas itu masukkan esen vanila dan telur. pukul lagi sehingga kembang

2. Kemudian masukkan tepung rendah protein, baking powder, susu tepung, pewarna merah dan pewarna coklat. adun sehingga rata. selepas itu masukkan air dan kacau sehingga sebati.

3. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 160C selama 30 hingga 40 minit bergantung dengan jenis oven.
 
Masa buat kek ni kan dalam bulan puasa, buat di siang hari...ambik ko main buat je. dalam hati dok berdetik jugak la, "apalah rasanya kek saya ni nanti". kata2 tu dok terngiang2 sampai la saya balik beraya ke Negeri Sembilan.

Seminggu selepas raya, saya datang untuk dinner bersama2 ibu mertua...masa tu je baru saya tau apa jadi dengan kek saya huhuhuhu. 

Tak la sedih tapi gembira, adik ipar dok mengadu katanya kek ni sold out masa hari raya pertama lagi. mak senyum manjang bila tetamu makan kek tu...alhamdulillah lega hati saya. kek tu simple sangat, tak sempat nak buat topping pun...tapi takpe mak kita suka je makan.

4 comments:

LYAfrina said...

Xpnh rsa lg kek red velvet ni.. Rsa same j kan dgn kek lain2

Azhafizah Md Nor said...

red velvet yang sedap tapi belum ade mase nak buat sendiri..nak jugak try sebenarnye..btw thanks share resepi :)

Pn Sheila said...

cm best ni.. akk tak pernah bt kek velvet ni... hik hik

ZazaMyMoon said...

btw gud try Ann.. skrg dah berlambak jual kat kedai tp bila buat sendiri rasa satu kepuasan kannn hehe