Wednesday, November 6, 2013

Ayam Goreng Kunyit Daun Kari

Hujung minggu lepas, ya Allah lebatnya hujan melanda bandar KL ni. masa hujan tengah lebat tu saya on the day balik dari Putrajaya ke TTDI untuk menjemput my laki dan menghantar kawan saya balik ke rumah. kawan saya ni sama2 pegi wedding di Putrajaya tu. since hujan lebat sangat, saya tak sampai hati nak hantar dia ke lrt. 

Lepas tu terus je balik ke rumah, masak je dinner malam tu. tak kuasa nak meredah hujan + badan pun dah penat nak dinner di luar. masak yang simple2 je, Ayam Goreng Kunyit Daun Kari...resepi dari che mat gebu lagi. lawan pulak dengan sayur bayam goreng.

Ayam dibersihkan, buang kulitnya dan cucuk daging dengan garfu. kemudian gaul dengan serbuk kunyit, bawang putih yang di tumbuk halus dengan garam secukup rasa. perap adunan dalam ice gobok selama 1 jam (saya dah siapkan sebelum keluar pegi wedding siangnya).

Panaskan minyak, gorengkan ayam tadi...jangan garing sangat. angkat dan toskan. dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan daun kari, bawang putih yang ditumbuk halus serta serai yang diketuk sehingga harum. selepas itu masukkan bawang besar yang di potong bulat2 dan hirisan cili merah serta hijau, goreng sehingga layu. masukkan ayam tadi dan gaul rata. angkat dan boleh la hidangkan.


sayur bayam goreng

7 comments:

ZazaMyMoon said...

ahaaa bole lah try recipe ayam goreng tu :)

Mimy Hamid said...

dah lama tak update resepi...inspirasi iolss tau

Kesuma Angsana said...

gd resepi boleh dicuba juga nanti tq share yer

Qhaifa Nur said...

lama rasanya tak goreng ayam cam ni...asyik buat sup sesaja...

LYAfrina said...

napaksodap..blh cuba jgk resepi tu..tp tu la..kblakangan ni xde msa sgt nk memasak

Khai♥Rin : anies said...

fav sy tu sayur byam goreng...

Myra Jay said...

Mesti wangi ayam tu masak dengan daun kari :D