Tuesday, March 11, 2014

My Pandan Egg Tart

Mari kita sama2 mendoakan akan keselamatan semua penumpang dan kembalikan semula our MH370 dalam keadaan selamat.
********************************

Last weekend punya cerita dan resepi. kalau aura baking mendatang, tak boleh nak tunggu lama2...kena buat terus. teringin nak makan tart telur pandan, nak keluar malas makanya buat sendiri je.

Kulit tart:
1. 200gm planta
2. 100gm gula icing
3. 1 biji telur
4. 1 sudu kecil vanilla
5. 400gm tepung gandum

Cara2nya:

Campur semua bahan2 di atas sehingga menjadi doh. rehatkan sebentar di dalam ice gobok selama 30mins, kurang pun takde. selepas itu, keluarkan dan boleh start membuat adunan dalam bekas pastry yang berkerawang2 tu. tekan dengan jari lebih senang untuk kawal ketebalan kulit tart tu nanti. selepas itu boleh la di bakar dengan 200C selama 15mins.

Filling pandan:
1. 1/2 cup gula
2. 1/2 cup air
3. 9 biji telur
4. Pandan paste
5. 1 cup susu segar

Cara2nya:

Panaskan atas api sederhana gula dan air sehingga gula larut. selepas itu matikan api dan sejukkan. dalam bekas sederhana besar, masukkan telur dan pukul sekejab. masukkan paste pandan dan susu segar, kacau rata dan tapis bersama air gula tadi. tuangkan inti ke dalam pastry yang telah siap dibakar. bakar sekali lagi selama 15-20mins sehingga inti masak dengan menggunakan api atas sahaja.
 
selamat mencuba (^_^)

9 comments:

Zamani Abe said...

cantik,,, tengok pun sedapp

Sue Bee said...

tart kegemaran SB ni..kalo buat crust, siap extra simpan dalam freezer, in case tetiba rasa nak makan tart telur..tinggal buat intinya saja :)

Khai♥Rin : anies said...

nmpk sedap

Rai Ourkizuna said...

sedapnya..mesti wangi bau pandan tu..

.:fyzz:. said...

memikat rasa nih..sdapnya..sukaaa

NzA said...

menariknya, mcm yang dijual kat bakery...feveret akak tu tapi xpernah rasa yg pandan nie..mesti sedapkan...

Kakzakie said...

Makan berdua pun buat sendiri juga kalau dah nama org rajin..

wantie said...

masih tak ready nak buat menda alah ni.

sedang mencari kekuatan. hiksss

pandainyer.. akak suka sangat tau. nak buat takut tak menjadi..

QasehnyaRania said...

wow seyes cntik gile.msti sedap
sy kureng suka tart ni sbb telur byk sgt guna.mmg x boleh la ..
nway thanks kongsi resepi