Tuesday, March 4, 2014

'Terapi Pontianak' Diharamkan


Dubai: Pihak berkuasa Dubai mengharamkan rawatan kecantikan yang menggunakan sel darah pelanggan untuk mengekalkan keremajaan wajah.

Prosedur platelet kaya plasma (PRP) itu dikenali sebagai rawatan wajah puntianak dan popular di kalangan pelanggan di banyak spa dan klinik di bandar raya itu.      

Pembantu Pengarah Jabatan Kesihatan di Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai (DHA), Dr Laila Mohammad Al Marzouqi mengesahkan PRP diharamkan.      
“Ia satu bentuk prosedur baru dan perlu dikawal selia seperti prosedur kosmetik atau terapeutik lain untuk memastikan keselamatan pesakit, yang menjadi keutamaan kami,” katanya.

Pengurus operasi Klinik Dermalase di Dubai, Natasha Bennett, berkata beliau berhenti menawarkan rawatan berkenaan di kliniknya berikutan arahan itu.

Suntik ke wajah Namun sebahagian klinik di Bandar Raya Penjagaan Kesihatan Dubai terus menawarkan rawatan berkenaan, dengan berkata mereka tidak tertakluk dengan garis panduan DHA.

Rawatan PRP adalah prosedur selama sejam yang memerlukan pakar terapi mengambil darah daripada kulit pesakit dalam dua hingga empat tiub. Ia kemudian diletakkan dalam mesin emparan yang memisahkan sel darah merah daripada plasma dalam darah.  
    
Plasma dikumpulkan dalam 12 hingga 14 jarum suntikan dan disuntik ke wajah pesakit. Harga purata bagi satu sesi PRP antara Dh4,000 dan Dh5,000 (RM3,575 dan RM4,469).

Selebriti Kim Kardashian adalah antara yang menjalani prosedur itu, walaupun keberkesanan dan keselamatannya belum dikaji dalam ujian klinikal terkawal.
**********************
Ada sapa2 mau kah, ahkak kalau terbukti keberkesanannya mau jugak nak cuba. tapi dengan syarat kena guna darah anak teruna raja ye tau, laki orang duda tua tak mau la. jangan dipakai darah yang setiap bulan keluar tu sudah la ye...fensang pontianak tau. buat sekali sebulan or 2 kali sebulan, okay jugak, harga boleh runding gitu...mau jadi loyal customer katanya :P

Hualahaiiiii tak payah la macam tu sekali kalau nak cantik pun. setiap manusia di muka bumi ni dah di cipta cukup cantik dengan segala sifat yang ada, jadi bersyukur la. sanggup la pulak mencucuk muka dengan darah2 ni bagai hanya kerana nak cantik lagi. tapi ada jugak insan yang sanggup berhabis duit, menahan kesakitan untuk menjadi sakit. bak kata pepatah "beauty is pain". begitu lumrah perempuan, tak boleh lari dengan kecantikan.

Perkara yang begitu menerujakan saya, kenapa perlu gunakan nama puntianak. adalah kerana lumrah alam puntianak tu sendiri yang suka hisap darah manusia...eh asal boleh je letak nama ek. walaupun menggunakan darah sendiri or darah orang lain (tidak dikenal pasti) tapi terbuktikah tiada kesan sampingan untuk keadah seperti ini? 

Zaman serba moden, manusia berlumba2 untuk lebih menonjol dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri. teruskan sekiranya memberikan kebaikan tetapi jangan keterlaluan sehingga memudaratkan. saya masih suka kepada benda2 yang manis sweet. manis itu menenangkan jiwa minda saya. tak kira apa, asalkan manis dah cukup melegakan. 

Last weekend saya dan all my sibling + anak saudara telah berjaya menyiapkan kek untuk di bawa ke rumah saudara mara. sekarang ni my sis tengah sibuk berjalan singgah rumah saudara mara jiran tetangga kawan2 sambil menghantar kad jemputan kawin my anak saudara yang pertama yang akan berkawin tinggal beberapa minggu lagi ni.ada 3 type of brownies yang kami bake;

brownies bakar

salted brownies

brownies kukus

Tak la sebesar ni bawak pegi bertandang, potong kecik2 jugak la. boleh ramai orang merasa, banyak rumah boleh diberikan manisan ni.

4 comments:

Irfa said...

eh, ada jgk cara nak cantik mcm ni
huhu, beauty is pain

Cho Zila said...

isyh bacanyer pun dah rasa geli.. macam2 cara orang nak cantik yerk...

Cik Puan Fadli said...

eeeuuuuu!!!!!!!...geli kottt!!!

QasehnyaRania said...

macam2 kn.nk cntik sume snggup buat.
sedapnya la hai kek2 itu