Tuesday, February 17, 2015

Asam Pedas malam minggu

Main masak2 di hari minggu, kali ni nak masak Asam Pedas pulak. sebenarnya hujung minggu tu saya ke jemputan kenduri kawin kawan. makan memang sedap dekat rumah perantin tu. agak rushing jugak coz my laki on duty, sempat bergambar dengan kawan2 yang datang sama waktu tu. seronok rasanya bila lama tak merasa nasi minyak orang kawin ni sampai saya makan bertambah2 lauk hiksss :p

Maka masakan kali ni untuk makan malamnya. meh tengok resepi...

Antara bahan2 yang saya gunakan untuk masak asam pedas ni;
1. Ikan merah
2. Cili kering
3. Kunyit hidup, halia, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan sedikit belacan (kisar semuanya)
4. Daun kesum
5. Serai
6. Bendi
7. Air asam jawa
8. Garam dan gula

Bersihkan ikan dan ketepikan. rebus cili kering dan setelah lembut, angkat dan toskan. kemudian kisar bersama bahan2 kisar yang lain. make sure sebelum tu buang biji cili kering tu ye. masukkan kesemua bahan2 kisar tadi ke dalam periuk dan masak menggunakan api berlahan. setelah mendidih masukkan ikan, air asam jawa, daun kesum, serai (diketuk), bendi dan perasakan dengan garam gula. biarkan seketika sehingga ikan masak dan boleh tutup api. hidangkan bersama nasi putih dan hidangan sampingan yang lain.

makan dengan sayur kacang ni, saya tak tau apa namanya. ini pun kawan my laki yang kasi. masak sayur goreng biasa je tapi saya tak berapa minat kacang ni.

perangatkan semua lauk kancil masak lemak cili padi yang saya ambik dari rumah my brother. 

Ini sajalah juadah makan malam minggu saya dan suami...alhamdulillah :)

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Nur Inani said...

sedapnyaa ^^

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
ok bai he3
(geram nengok asam pedaih tu hokeyh)

NzA said...

adeh...tiba2 lapar...terliur tgk lauk pauk tu.

nuyui a.k.a miss YUI said...

Ingtkan petai td.. hehe.. ratah sedp ni

Asha Lya said...

Lya x pernh lgi msk asam pedas ni, blh d try