Monday, February 2, 2015

Rendang Ayam in the house

Last Sunday tak ke mana, so saya plan untuk makan di rumah saja dan boleh la main masak2 sekali. dalam kepala nak buat rendang, maka jadilah Rendang Ayam for our relaxing Sunday :p

Bahan2 yang diperlukan:
1. Ayam - beli siap buang kulit dan potong sekali, ahkak memang malas bab2 potong2 ayam ni
2. Santan kotak - boleh jugak nak guna santan segar
3. Bawang merah, bawang putih, serai (tinggalkan sedikit untuk dititik), halia, kunyit hidup, lengkuas dan cili padi - blend semua bahan2 ni
4. Cili giling
5. Serbuk kari
6. Daun kunyit, daun limau purut dan daun pandan
7. Asam keping dan air asam jawa
8. Gula melaka
9. Bunga lawang dan buah pelaga
10. Kerisik

Meh kita mulakan main masak2. panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar bersama cili giling, serbuk kari, bunga lawang, buah pelaga dan serai yang dititik sehinga pecah minyak. selepas itu masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula melaka. masukkan ayam, santan, daun kunyit, daun limau purut, daun pandan dan kerisik, masak sehingga kuah mulai kering. lepas tu siap, boleh makan dengan nasi panas or ketupat segera.

8 comments:

anis abdullah said...

Gigih ko...mak suka. Bila nak jumpa ni beb...mak rinduuuu

Nur Inani said...

sedapnnyaa rendang ayam

nuyui a.k.a miss YUI said...

nyum2 sdpnyaaa..

Kakzakie said...

Kakak rasalah Ann kalau makan berdua aje masa masak lagi lama dari masa makannya...

Cuma berbaloi bila terasa enak hasil airtangan sendiri - puas kan:)

QasehnyaRania said...

sedapnya.. kalau dpt makan ni dgn nasi panas panas kan :)

BudakVanilla said...

bestnya kalau dapat makan rendang. hehe :)

LYAfrina said...

yummss...
nampak sedap sangat

umi alya said...

Lamanya akak tak masak rendang ayam