Monday, March 2, 2015

Puding Karamel hujung minggu

Sabtu lepas, hari yang panas lagi membahang. duduk di rumah bagai tak mahu keluar lagi. tunggu malam baru keluar rumah. apa lagi kalau dah duduk di rumah tu kalau tak main masak2 kan. kali ni suka sangat buat puding, simpan dalam ais gobok. musim panas2 ni memang seronok makan sesuatu yang sejuk dan manis2. kali ni saya buat Puding Karamel sebagai hidangan hujung minggu.

Nak ikutkan banyak petua kena ikut setiap kali nak buat puding karamel ni, tapi saya je malas kadang2 tu. tu yang agak tak berapa smooth puding saya kali ni, langgar pantang nih hiksss. main tuang je adunan tanpa tapis terlebih dahulu. okay jom terus ke resepi je... 

Bahan2
7 biji telur gred A
1 tin susu cair
125ml air
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung kastad
120gm gula pasir

Bahan karamel
200gm gula pasir

Cara2
Pukul telur dan gula pasir hingga sebati dan kemudiannya masukkan susu cair, air, esen vanila dan juga bancuhan tepung kastad. kacau rata dan ketepikan. kacau bahan karamel di dalam periuk sehingga cair dan terus tuangkn ke dalam loyang yang telah di gris dengan margerin. tuangkan bancuhan tadi ke dalam loyang berisi karamel tadi dan biarkan kukus selama 40-45mins.

Masa kukus tu jangan lupa tutup permukaan loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air wap menitis atas puding tu nanti.

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Sue Bee said...

Sedap mkn time cuaca panas ni..

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui lama tak buat ni.. sedapnyaa tgk..

Fizalinolie said...

Huhu... Mkn sejuk2 memang sedap. Terliur tengok.

Khai♥Rin : anies said...

tetiba rs nk buat skrg jg! ;-)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam ann,
emmmmmmmmmmmmmm
dah lama tak buat puding caramel ni
nengok ni ghaser nak kena buat la pulop he3

Najib Ariyan said...

kalau bagi makan orang yang tak pandai masak... yg penting sedap jer... kalau bagi yang pandai masak tu yang kena hati hati... takleh langgar pantang...