Saturday, October 29, 2016

Binatang celup tepung

Semalam kan saya dah mula cuti sempena Depavali yang bertarikh hari ini dan bersambung pul dengan cuti hujung minggu membuatkan cuti kali ni panjang sikit walaupun lebih satu hari je. Panjang jugak tu kan, nak cuti seminggu kena ambik cuti sendirian berhad la. Semalam jugak balik ke Kuala Terengganu, lama dah tak balik pun. Orang kata tak ada urusan, maka tak sampai la ek walaupun ada je sedara mara berdekatan. Takpelah, jalinan tak terputus itu yang lebih penting. Zaman moden ni banyak je cara untuk berhubung tanpa bertemu muka. 

Kalau balik Terengganu ni takde istilah diet, semua benda pun nak makan. Especially pada seafood nya, tak pernah mengecewakan. 

Lepas selesai urusan di KT, tengah hari tadi saya dengan suami dah bergerak pulang ke Kemaman pulak tapi mesti ada destinasi yang tersinggah di sepanjang jalan. Dekat sini kan banyak pantai yang cantik2, pasti mampu menenangkan jiwa kacau atau perasaan berkecamuk gitu. Tapi agenda saya bukanlah itu tapi pastinya untuk melayan tekak kacau dengan perut berkecamuk je :p

Singgahlah di tepi pantai Kelulut untuk nak melapah ikan sotong celup tepung bak predator nak melapah mangsanya. Singgah gerai di tepi pantai tu saja, bukan pegi tempat femes emos pung. Saya cuma tau duduk siap2, tukang chop tempat...yang lelakinya saja pergi memilih ikan dan sotong. Tapi sayang masa kami singgah tu dah tak banyak pilihan ikan dan sotong tapi dek kerana dah singgah, order jugak la. 

Oh ye, balik kampung ni hanya saya 2 beradik saja termasuk abang's family and kakak's family.    

Sebagai tambahan, order jugak kepok lekor sampai 6 bakul...3 bakul setiap meja. Tak besar mana pun bakul tu, tak payah nak tenjat sangat ek :p 

Meja sebelah group laki, 3 orang heros je pung. Yang pempuan pulak dok meja sebelah, kami buat pengasingan secara muhibah gitu. 

6 comments:

fiza linolie said...

Huhu... Sedapnya kopok lekor dan sotong bersalut. Terliur pulak bila baca :)

Anis Azalea said...

Dapnya makan kopok

Aiezza Sue said...

uishh..sedap tak terkata tu,makan celup-celup tepung kepok panas-panas sambil mata merenung laut, apa sangatlah 3bakul tu kan :)

Sue Bee said...

Layan jangan tak layan anak tekak. Diet tolak tepi jap takpa..hihii

dear anies said...

tetiba lapar laa pulakkk

hainom OKje said...

Hakak ni teringin sangat nak ke Terengganu Ann... Entah bilalah dapat perginya. Sebab utama nak pergi sananya, sebab nak makan benda yg Ann tunjuk tulah. Dulu pergi tak puas makan...