Tuesday, October 11, 2016

Golf pulak

Satu lagi games yang saya tak pernah langsung terfikir akan main. Dulu memang saya kategorikan games ni untuk orang malas dan tak mencabar langsung. Apa taknya, bukannya perlu berjalan angkat beg bagai, buggy yang bawak. Lepas tu yang main pulak orang2 kaya je kan, kita yang sederhana ni rasanya payah sikit nak sangkut dengan permainan ni. Tambahan pulak dalam drama2 melayu kita pun semuanya golongan koporat je yang main pun, yang tak berapa koporat jadi tukang angkat golf set...itulah realiti drama kita. 

Tapi sekarang perception tu dah lain, sudah 3 tahun lebih saya habiskan masa di driving range untuk hayun kayu golf. Rupanya bukan senang permainan ni, perlukan teknik yang betul baru pulukan jadi cantik. 

Belajar untuk golf ni bukan murah, untuk appoint pro perlukan payment yang mahal tapi alhamdullah saya ada pro in the house yang boleh ajar secara percuma...my brother. Tapi kena tahan je la, salah berdiri salah pusingan badan salah pukulan memang kena ketuk kepala dengan kayu golf. Ketabahan amat diperlukan di situ. Nak ikutkan mau je ambik pro luar dari abang sendiri yang ajar, garang sangat :p

Kini pantang ada free time malam hujung minggu, driving range Kota Damansara tempat saya melepak sambil menyabit bola. Bukan berdua dengan suami tapi beramai2 dengan sepupu dan anak saudara jugak. Dah boleh dikatakan sebagai family games je sekarang ni duduk berkampung tepi padang golf.

For now pukulan dah ok, cantik abang kata. Mau tak cantik kalau dah hari2 kena ketuk dengan kayu golf selama 3 tahun, sakit siot. Tengoklah gambo atas ni, memerhati sambil pegang kayu golf...mau tak takut. Ini gambo 3 tahun lepas, sama2 kena paksa belajar dengan anak saudara sekali. Yang tak minat pun dah naik minat pulak. 

Till now masih tak berani nak turun field, takat layan hayun di driving range je. Field tu bukan apa, semuanya dah ada handicap, kita ni hanya ada hand dengan cap jew :p 

5 comments:

hainom OKje said...

Ohhh susah juga rupanya ye main golf ni. Ambik masa bertahun nak terer rupanya. Ingatkan senang senang je nak masuk field....

Nasiblah dah ada tukang ajar...jimat disitu hihi...

nuyui a.k.a miss YUI said...

wahh.. dh lama men msti akk mahir dh ni.

dear anies said...

Wwarrrghhh best nyer layan golf sekali sekalaaa

Kakzakie Purvit said...

Masa kakak kerja di salah satu golf resort dulu ada juga main Ann
La ni dah tak pernah pegang kayu golf tu lagi.

Nooriah Abdullah said...

salam singgah Ann
tak lama lagi terer lah
dah boleh jadi korporat lah main golf hari2 ye dak