Wednesday, October 5, 2016

Making of choc cookies

Dalam waktu terdekat ni keluarga saya akan bakal menerima menantu baru, anak buah lelaki saya bakal berkahwin tak lama je lagi. Kerana itulah juga sekarang ni saya banyak habiskan masa di rumah kakak di Lenggeng untuk membantu sedikit sebanyak persiapan nak kenduri kendara ni. Seperti yang sedia maklum, yang dah biasa dengan entry saya pasti tau yang keluarga saya ni suka buat sendiri kalau boleh semua persiapan untuk apa2 saja jenis kenduri termasuklah kenduri kawin.

Memang penat kalau buat sendiri segala benda ni, "diakui" tapi kalau dah ada yang nak or yang paling sesuai SANGGUP untuk nak buat sendiri, macam mana pulak kan. Kami2 ahli keluarga ikut saja apa yang tuan rumah tetapkan. 

Beberapa minggu sebelum saya dijangkiti chicken pox, saya dengan kakak dan semua anak saudara perempuan telah berkumpul di Lenggeng untuk menjayakan salah satu dari persiapan untuk kenduri. Pagi2 lagi dah sampai, roti canai dah menunggu. Terus je makan tanpa berlenggah, kena cepat coz lepas tu acara akan bermula.

budu tak pernah tinggal dengan cili kicap, bukan cicah dengan roti canai ye tapi...

Makan bersama menu lunch. Ikan bakar itu yang penting dan sangat sesuai dipadankan dengan bahan2 cicah tadi tu. Selain dari itu, ikan masak sambal, sotong masak lemak bersama kacang panjang dan sayur goreng. Simple dah tak banyak sangat menu, kakak kata tak boleh makan banyak sangat...nanti tak siap kerja :p

minum petang pulak bedal ice cream je...tak hagak2 demand ice cream nya pun

Ini adalah aktiviti yang dimaksudkan, buat choc cookies for guess table. Kakak ada jugak tempah maruku  dengan kerepek tapi nak tambah cookies ni utk budak2 katanya. Ini aja yang kami semua buat dari pagi sampai ke malam dan akhirnya dapat siapkan dalam 20 balang, yang masuk mulut tak payah kiralah ye...mau sebalang jugak kot *_* 

2 comments:

Sue Bee said...

Part baking biskut ke apa, memang tak sah sebiji dua melayang masuk mulut dengan sengaja..hihii..

Kesuma Angsana said...

Salam... menu lunch yg plg sedap tu. Seronok je kalau ramai ringan tangan nak membantu. 20 balang dapat sehari, kira oklah tu...