Thursday, October 13, 2016

Rentetan majlis menyambut menantu

Sampailah pada hari menjelang kenduri kawin anak saudara saya, lompat2 jugak turutan cerita ni tapi tak kisah la...benda dah berlalu pun. Anak saudara saya ni lelaki, cerita belah perempuan biar update lewat2 la, utamakan belah keluarga sendiri dulu :p

Sebelah malam yakni hari Jumaat malam bermulalah sesi masukkan barang2 dalam goodies bag. Orang2 tua mulalah membebel kata kenapa lambat sangat buat goodies bag tu dengan segala alasannya tapi takde masalah pun sebenarnya sebab kami2 yang muda belia ni dah kawtim baek punya. Semua anak2 saudara yang perempuan lelaki kecik tapi dah boleh di harap tu memang kena buat kerja ni sampai siap tapi still kena monitor by adult. Bagi je arahan nak buat macam mana, nak masuk apa dalam goodies bag tu...taulah diorang nanti nak buat macam mana. 

Memang successful completed by them dari mula buat kotak sampailah susun dalam kotak semula dan ready to serve keesokannya. Ini adalah tugasan anak2 saudara level SPM dan ke bawah.

Ruang dapur tak terkecuali dengan sibuknya jugak. Kek perantin adalah di bake in house. Anak saudara abang ipar saya adalah seorang pembuat kek dan dia volunteer untuk buatkan kek perantin untuk sepupunya ni (pangkat sepupu dengan anak saudara saya). Bila chef pro berada di dapur kita, makcik2 hakak2 hadek2 pun semua mulalah jadi penonton...seolah2 sedang menonton rancangan masakan secara live gitu. Tapi situasi tu tak dapat nak di kongsi sebab dalam rumah paham2 la dengan aurat yang mungkin ada yang terdedah. 

Kesetiaan penonton2 ni dari mula proses bancuhan sampailah ke proses menghias kek. Baguslah, bukan senang nak belajar ilmu baking secara percuma kan...sekarang nak attend kelas belajar buat kek pun beratus jugak mengikut jenis2 kek. Ini kalau saya la, dah lama sangat tak pergi baking class...tak tau bila nak mula semula ermmm   

Selain dari makan malam disediakan untuk seluruh ahli keluarga dan para tetamu yang kiranya datang awal sebab tak dapat hadir pada keesokannya, tuan rumah jugak ada sediakan sate tulang untuk supper time. Sate tulang order terus dari Jelebu kampung saya la. Memang berhantu makan sate ni, rasa secucuk pasti nak makan lagi bercucuk2 tapi tak sempat nak menikmati sangat...kena tengok apa2 yang tak ready lagi. 

Bab masak memasak kena serahkan kepada yang pakar, ini tugas pakcik2 makcik2. Separuh dari makanan kami masak sendiri dan separuh lagi kita cater dan ada jugak dari keluarga sebelah abang ipar saya. Bermakna makanan pada hari kenduri adalah dari 3 dapur yang berbeza tapi kami inform caterer untuk provide extra serving dish untuk lauk pauh yang keluarga masak sendiri. 

Goodies bag yang dah siap tersusun dekat luar rumah tunggu masa untuk diedarkan saja besok harinya. Ini semua anak saudara yang kecik2 tu yang buat, kan boleh diharap tu...kita yang lebih berusia ni perlu bagi kepercayaan dan guideline untuk mereka buat kerja.

Settle tugas ni, terus bebaskan anak2 bermain ikut suka diorang. Dah habis tugas mereka untuk malam tu.

Mini pelamin untuk perantin yang disponsor sepenuhnya oleh saya dan suami.

Mulanya perantin ni tak nak pelamin2 bagai sebab rumah kami just untuk acara bertandang sebelah lelaki tapi saya tetap nakkan ada pelamin sikit supaya ada rasa macam majlis kawin. Tau sangat peel keluarga sendiri yang suka bergambar kan. Akhirnya perantin bagi kepercayaan 100% kepada saya untuk pilih sendiri pelamin ikut selera saya sendiri. 

Beberapa minggu sebelum majlis di sebelah keluarga kami, saya dengan suami gigih survey butik perantin seolah2 kami pulak yang nak kawin :). End up jumpa yang berkenan di hati, bargain harga...alhamdulillah dapat murah sebab kami hanya ambik pelamin sahaja tanpa makeup ataupun persalinan.

Dari atur cara takde bersanding sebelumnya, tapi telah bertukar rentak di saat2 akhir. Perantin disuruh untuk bersanding dulu sebelum terus ke meja makan pada present day. Dah ada pelamin, takkan tak  nak bersanding pulak kan. 

Sampai sudah ke present day, pagi2 lagi caterer dah sampai untuk pasang alas meja dan kerusi dan sediakan buffet table untuk tetamu dah perantin. Masa ni ahli keluarga dah tak turun padang buat kerja, masing2 akan menjadi penyambut tetamu pulak. That why kami serahkan sepenuhnya urusan makanan kepada caterer. 

Alhamdulillah majlis berjalan seperti dirancang tanpa ada cacat cela. Makanan pun cukup2 tanpa ada lebihan yang banyak. Cuaca pun sangat baik, panas sepanjang hari sampai dah tak larat nak duduk bawah khemah. Beginilah nasib jadi penyambut tetamu, sedara mara kawan2 tuan rumah datang kena layan. Bagi goodies bag siap2 supaya tak terlupa nanti. 

Penyambut tetamu pun terpaksa di bahagi kepada 2 mengikut khemah, satu di hadapan rumah dan satu khemah lagi di tepi rumah sebab ada 2 pintu masuk yang di buka. Waktu kemuncak di tengah hari tu lah yang paling mencabar, sewaktu tetamu ramai datang, dengan panasnya berlengas badan tapi kena jugak sabar senyum pada tetamu yang datang dan pegi. 

It's fun tapi kepenatan tu tak dapat di sangkal.

Sebelah malam selepas segalanya selesai. Seronoknya dapat lurus2kan badan sambik santai2 tengok movie.

Dan malamnya jugak kami mulakan operasi pengiraan angpau salam kaut bagai ni. My kakak memang nak kira cepat sebab nanti bila semua orang dah balik takde sapa yang nak kira pulak. Alhamdulillah penuh 3 kotak besar tu dengan sampul angpau, rezeki tuan rumah kiranya sebab perantin dah serahkan sepenuhnya duit angpau ni untuk makpaknya. Angpau yang perantin terima sendiri dari tetamu saja yang mereka simpan. 

Saya kira separuh jalan, lepas tu take over oleh kakak pulak. Penat kot duduk bersela lama2, lepas tu binggung tengok duit banyak tu :p

Tamatlah edisi perkahwinan anak saudara saya. Lump sum je saya entrykan...senang.  

1 comment:

aiezza.sue said...

wahhh!kek perantin fresh from the oven lah kiranya, memang jarang2 terjadi di majlis kawen.