Tuesday, October 25, 2016

Tetamu

Masih teringat lagi kesudahan cerita bersiri "Patahnya Sebelah Sayap" Isnin lepas. Untuk pertama kalinya saya betul2 mengikuti turutan cerita bersiri tu kerana sangat suka dengan jalan ceritanya yang tidak terlalu keCINTAan sangat...lelahlah nak layan drama cintan cintun terlebih madu dalam ayat ni. 

Kesudahan yang boleh dijangka, tapi tetap puas hati bila watak2 antagonist dalam cerita tu mendapat balasan yang sepatutnya...sakit ati bona omak ni ha bilo tengok watak omak si amzar tu :p

Apa2 pun cerita bersiri itu sudah habis, sekarang ni cerita baru pulak menyusul tapi saya tak kuasa nak layan dah. Minggu ni je tinggal lagi masa untuk bersenang lenang di waktu malam sebab saya freeze membership gym bulan ni. Bulan depan routine exercise akan kembali seperti biasa.     

Petang semalam anak saudara datang ke rumah. Ada urusan kerja di KL katanya, bila dah selesai tu sebelum balik ke Seremban, mereka singgah dulu di rumah. Saya masih belum balik dari office tapi mujur suami ada, jadi suami je yang layan tetamu. Pandai2lah dia uruskan tetamu, siap keluar dulu beli kuih goreng2 sebelum anak saudara sampai. Sediakan minuman, hidang makanan sekali.

By the time saya sampai rumah, anak saudara tengah bawak anaknya mandi kolam dekat bawah. Saya pulak cepat2 bersilat sediakan makanan untuk dinner...balik mandi tu nanti mesti dah lapar semua. Masak simple2 je, bukan nak beria sangat pun menunya.

Lepas dinner, dalam 9pm hidang minuman panas pulak sebelum dibenarkan balik >_< Adatlah kami ni kalau ada tetamu datang ke rumah, siaplah kena tahan sampai ke malam baru boleh balik.  

Adam, sian budak ni sebab takde apa permainan budak2 dalam rumah saya kecuali teddy bear. Alas periuk pun jadilah dibuatnya main keliling rumah. 

7 comments:

nini said...

Hihi best je tgk cerita kan..yg jahat dpt balasan . .dlm hidup kita ni pom sama....cuma tu la kadang x sabar. Hahaha

Husna Rahman said...

ramai sgt rupanya peminat citer #PatahnyaSebelahSayap..

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdp tgk menu kak..hihi

Anis Azalea said...

Sila beli sedikit mainan untuk tetamu kanak2..kekeke.

Normi Nieza said...

murah rezeki klu tetamu datang rmah..:)

hainom OKje said...

Bestnya dapat pergi gym ye Ann....mahal tak fees dia Ann?
Pandai pulak En Suami buat air hihi....
Betul sangatlah tu ....dah kata ada tetamu kenalah masak untuk dinner. Nasiblah yg datang tu pangkat anak sedara, kalau kalau yg datang tu pangkat makcik suami atau kakak suami. harus nebes jugak hihi

Kakzakie Purvit said...

At least en Faizal tahu nak buat sesuatu sebelum Ann balik
Ok sangat tu. Yg penting tetamu tidak kelaparan.