Wednesday, December 7, 2016

Bukit Broga lagi

Saya tak berapa sihat hari ini. Mulanya dari semalam, badan dah rasa dedar, seram sejuk dibuatnya. Masa tu rasanya aircon dekat office ni sejuk sangat. Bila pegi toilet, saja duduk lama2 dalam tu, nak bagi panas badan. Dah the only tempat yang takde aircon, surau pun beku sejuknya. Mungkin sebab badan ni dah mula bagi signal tak sihat, semua benda serba tak kena jadinya. 

Hari ini masuk jugak office, selagi larat tunai je tanggungjawab. Besok kalau dah angkat kepala pun tak boleh, barulah ambik MC 😷

Terjumpa gambar lama lagi masa panjat Bukit Broga. Kali ke berapa memang dah tak terkira, banyak kali jugak pegi sini mengasah otot2 kaki dengan bukit so that nanti takde masalah untuk trail run lagi dan lagi. 

Waktu ni dalam 630am, matahari baru nak intai2 keluar. Kebiasaannya saya akan mula pendakian sekitar 530am. Memang keadaan sekitar sangat gelap dan harus di INGAT, bawa headlamp atau lampu suluh. Sekiranya tak bawak, sila join group lain yang sememangnya mereka pasti akan membawa lampu suluh sekali. If not, tunggu je lah sampai siang dekat bawah tu or batalkan saja pendakian. Mendaki bukit dalam keadaan yang gelap adalah satu tindakan yang BODOH, so jangan nak tunjuk pandai kecuali pada orang2 yang sangat mahir saja yang mampu buat macam tu. Walaupun bukit tak tinggi mana tapi masih ada bahayanya, beringat sebelum kena...itu je nak pesan 😎

Waktu ni dah almost 7am, dalam 645pm gitu. Lagi satu pesanan, bawak air sekali ye...tak payah bawak dalam botol besar, cukup2 untuk minum sendiri sudah la. Dekat atas bukit tu takde 7E ye, kalau dahaga macam mana. Kalau berani boleh je mintak dekat group lain, tapi mampukah nak minum sisa orang lain 😅

Bukit Broga (1.7km) dengan Bunung Tok Wan (4.8km) nampak macam tak tinggi  mana tapi masih ada cabarannya tersendiri. Susah nak kabo, kena daki dan rasa sendiri. Setiap orang mempunya lain2 perasaan dan pendapat kan. Masa ni saya msih lagi kembang semangkuk 🙈 Suasana dekat bawah bukit ketika kami turun ni agak lengang, masa ni orang ramai baru nak mulakan mendakian. Masa turun tu memang akan berlaku kesesakan sikit, berhati2lah. 

Dekat belakang itulah Gunung Tok Wan. Ramai pendaki suka ambil gambar di Bukit Broga sebab mempunyai pemandangan yang lebih cantik. Gunung Tok Wan tak kurang hebatnya. Saya lebih selesa berada di Bukit Broga lagi, ambik2 gambo dan bila suasana dah mulai terang barulah boleh turun ke bawah.

Mendaki bersama anak2 saudara yang masa ni mereka masih lagi bercuti semester. Turun saja dari mendaki terus ke Pekan Lenggeng, tapau nasi lemak ikan keli...reward la diri sendiri, penat mendaki kot 😅

9 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

hhe kann.. kenala bw bekal air tuu..

Anum said...

wow bestnya xtvt cm nie

Kakzakie Purvit said...

Kakak tahu sangat Ann jenis punya stamina tip-top
Jadi kalau ada peluang mesti mampu aje nak memanjat gunung:)

wahida said...

ramai yg dah sampai bukit broga ni...i jugak la yg belum...huhu...

Abam Kie said...

kat Tanah Merah ni ada gak Bukit Remah. Ptg2 boleh jogging di sini. Mendaki bukit ni sampai ke loji air di puncak..

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sggh selasa kak..

OKje said...

Tak suka mendaki Ann...rasa mcm tak sampai weyh!

QasehnyaRania said...

wah cantiknya view
dh lama x mndaki.. zaman zaman belajar je..
kalau hiking skrg ni mau semput ni. kikiki

Azhafizah MN said...

Tengok puncak broga yang cantik ni rasa nak naik broga lagi lak