Sunday, December 18, 2016

Hujung minggu

Weekend datang lagi, tinggal 2 kali hujung minggu sebelum kita melangkah ke tahun 2017. Oh my, cepatnya masa berlalu...cepat jugak umur kita makin menginjak usia. Semoga 2016 memberikan memori yang terindah dalam hidup kita semua dan 2017 memberi sinar yang lebih membahagiakan, inshaAllah 🙏

Pagi tadi rasa malas pulak nak keluar cari sarapan, cepat je akal tu bekerja untuk cari idea sarapan di rumah saja. Ada roti, buat roti goreng sedap jugak kan. Tak payan kagum sangat dek, macam tu reaksi isteri2 di rumah, panjang je akal kalau bab masak2 kan...pakar semuanya. 
Asalnya inti tu nak buat karipap tapi punya la malas pulak nak buat dohnya. Buat inti tu pun unplan, saja buat kot2 nanti 'terajin' kononnya nak buat karipap tapi 'terajin' tu tak jugak kunjung tiba. Kita buat jelah jadi inti roti pulak, apa2 pun kita yang buat dia kan. 

Bila menjelang petang, perut pun kenyang...golek2 sambil layan ini 'budak' 😸

6 comments:

Warisan Petani said...

'Budak' tu macam kucing WP, namanya si Momoy.

At-Tarmizi said...

selamat berhujung minggu :)

Aty_Fared said...

memang.. para isteri..kretip bab2 ni..heheh..:)

QasehnyaRania said...

mmg kna kretip kak lau x sendiri jemu mau mkn apa.hiks

hainom OKje said...

Kira rajinlah tu Ann. Buat inti. Macam hakak ni mmg malas, jgn kan inti nak bako roti pun malas haha...

hainom OKje said...

Kira rajinlah tu Ann. Buat inti. Macam hakak ni mmg malas, jgn kan inti nak bako roti pun malas haha...