Monday, December 5, 2016

Suffle

Jumpa resepi ni dalam Majalah Saji tah tahun bila punya majalah. Saya ni memang suka beli majalah, buku2 resepi selain dari novel. Nama resepi ni "Suffle" tapi bila search google keluar souffle which is saya pun tak pasti adakah nama suffle itu telah di melayu kan atau tidak. 

Tak payah nak fikir masalah tu ye dak, terus je lah dengan resepi yang saya tiru bulat2 dari majalah tu. 

Bahan A
1/2 buku mentega
2 kotak kecil krim whipping
2 biji telur
200gm gula pasir

Bahan B
1 peket biskut marie
1 tin laici dalam tin - isinya dibelah 2
200gm biskut oreo - dihancurkan

Kisarkan kesemua bahan A hingga sebati dan ketepikan. Susun biskut marie dalam bekas kaca, taburkan laici dan kemudian tuangkan adunan bahan diatasnya. Lakukan proses yang sama hingga menjadi 4 lapisan (saya buat 2 lapisan saja). Tabur biskut oreo yang dihancurkan diatasnya. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 4 jam atau lebih. Sedia dinikmati.

Seperti saya nyatakan tadi, resepi ini saya tiru bulat2 dari majalah. Kredit kepada Majalah Saji. Resepi yang sangat simple dan tidak perlu dimasak, sememangnya sedap dinikmati di waktu petang bersama minuman panas. 

10 comments:

Anis Azalea said...

Len kali ko bg kitorg mkn ni pulak

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedap nampaknya ni Ann. Harus dibookmark ni. Aritu nampak Lana Nordin buat..tp versi bakar.

Azian Elias said...

best ni..

nanti nak cuba lah..

makan sejuk2 sedapkan.

aziazib said...

nampak sedap. nak buat pn mudah

Myra Jay said...

Wahh! nampak begitu menyelerakan.. Resepi pun mudah, boleh la try nanti bila kelapangan :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm best je tu kak..

Kakzakie Purvit said...

Hmm...ini yg dikatakan mudah dan sedap Ann
Cepat siap, sedap:)

Azura Aziz said...

eh macam senang jer resepinya.. confirm sedapkan. tgk pun dh tau ;)

hainom OKje said...

Mcm cheesekut ye Ann....menarik jugak ni. Bila bila nanti boleh cubalah..

hainom OKje said...

Mcm cheesekut ye Ann....menarik jugak ni. Bila bila nanti boleh cubalah..