Friday, December 23, 2016

Tetamu bulus datang melawat baby bulus

Semenjak dapat cucu bulus ni, cerita dia je semata up dekat entry saya sekarang ni. Tengah semangat orang kata ek, lepas ni jangan harap saya nak up lagi cerita diorang...tengah semangat ni teruskan aje. Jangan boring ye 😖

Ada tetamu bulus datang bertandang ke rumah, purposely datang sebab nak tengok baby bulus je. Sebenarnya anak saudara saya yang sibuk nak datang tengok baby baru tu, lepas tu dia angkut sekali toti. 

Inilah toti, seketul budak bulus yang dah dimandulkan tapi sebelum mandul dulu sempat lagi meninggalkan waris. Tu tengah ambik mood sebelum tengok budak kecik tu. Bagi tengok intai2 je sebab takut nanti juju marah ada kucing lain intai anak dia, mau nanti dia pegi pindahkan pulak anak2nya nanti.

Tetamu datang dengan perut kosong, kena sediakan dinner nampak gayanya. Malas nak masak beria2 sangat, tetamu pun tak nak makan nasi...senang cerita buatlah ikan grill sajo. Salad pun takde banyak pilihan dalam simpanan, tambah je apple hijau dengan sosej grill sama dengan ikan. Dressing salad memang sentiasa ada dalam tempoh kecemasan macam ni, curah je...simpan lagi lama kan lagi sedap dressing salad ni. 

Itu jelah hidangan untuk tetamu, alhamdulillah kenyang jugak kan 😘

1 comment:

hainom OKje said...

Rajinnya Ann mu masak. Tak payah tunggu ikan salamon, ikan selar pun jadi ek...

Senang dapat tetamu yg sempoi mcm tu...apa pun okay