Wednesday, January 18, 2017

Power window kereta buat hal

Assalammualaikum semua...

Pernah tak alami power window kereta uolsss stuck. Jenuh la tekan2 punat tingkap tu tapi cermin tak jugak naik. Mesti ada yang pernah alami kan 😁

Itulah yang berlaku pada cermin kereta saya, masa kejadian yang terus tak mau naik tu pada malam arwah pakcik saya dikebumikan. Balik saja dari tanah perkuburan tu mulalah cermin kereta buat mogok, punya ramai abang2, anak2 saudara, sepupu2 yang mengejakannya tapi tak jugak berjaya cermin tu berfungsi. Tamat jugak gamaknya nyawa cermin tingkap tu 😂

Malam tu sebelum balik ke sarang masing2, kami adek beradek lepak makan minum dulu di mamak, parking kereta sebelah menyebelah dengan kereta kerabat sendiri dekat2 dengan kedai...senang nak monitor. Mujur jugak malam tu memang dah planning untuk stay terus di Seremban, parking dalam kawasan garage...kereta my sista terpaksa parking di luar rumah 😃 

Suami memang cuti semalam, so dia settlekan hal cermin kereta. 2pm anak saudara bawak ke bengkel sekitar area Senawang sana. Dapatlah di baiki cermin kereta tu, tah apa yang rosak tu suami punya kerja la...malas nak ambik tau. Yang penting dah ok dengan bayaran upah RM120 😄
  
Minggu depan nak raya...dah dapat ke belum sampul angpow. Saya dah dapat, tinggal nak bagi orang 'mintak' isikan aje RM*** nya. Nak masukkan USD pun ok jugak tapi RARE kejadian tu berlaku 😅

Limau raya pun dah ada, sat lagi nak distribute bagi staff makan, nak bawak balik rumah ke...terpulang atas depa nak buat apa. Dekat rumah saya pun selang 4 hari beli lagi sekotak sampai sekarang ni dah mula sakit tekak, terlebih makan limau agaknya 😆

Kuih raya pulak setakat ni tat nanas je baru, ingat nak cari kuih love letter lah nanti buat tambah2. Wahhhh meriahlah raya 🐔 tahun ni 😇

6 comments:

aksarafendi said...

banyaknya limau..kalau dpt angpow berisi mmg syiokk habis.

Kakzakie Purvit said...

Scenario sama di mana-mana sekarang merah-merah kotak oren
Office kakak pun aroma bukan perfume dah tapi bau oren:)

hainom OKje said...

Pernah jugak merasa power window buat hal Ann. Hentak kat bhg bawah dalam pintu, dia naik balik haha ..

Limau mandrin ni best kan Ann banyak air. Tp tulah yg tak tahannya sakit tekak

Anis Azalea said...

nokk, mak nak datang raya makan limau..

IQ = Iez Qis said...

wah, banyaknye limau, semalam pejabat IQ dapat angpau banyak tapi pejabat IQ ni bossnye korea, bukan chinese..hehe...lawak plak

dear anies said...

so far x penah kena lagi tp getah tepi tingkap tu asik2 terkeluar tiap kali buka tingkap grrrr