Monday, April 24, 2017

Misi mencari kain

Assalammualaikum semua...

Salam Isra' Mi'raj kepada seluruh umat Islam.

Bersiaran lagi di Seremban hari ini, cuti lagi katanya kan. Asyik pusing KeeL - Seremban je hari2. Semalam makan lunch dengan ibu mertua, bila dah petang sikit saya dengan suami pulang semula ke Seremban...ada janji dengan my sisters pulak. Seronoklah hujung minggu macam ni saya tak terlibat dengan mane2 run event. Tunggu bulan May nanti baru ada semula. Gunalah available time ni untuk family pulak. 

Plan dengan my sisters, 's' tu bermakna ramai ye. YES memang ramai pun, semua kakak2 saya buat robongan cik 'J' ke Jakel Seremban malam tadi. Kami kan akan ada 2 family event tahun ni, kena cari kain dari sekarang. Kain untuk baju raya pun sekali jalan jugak, dah round the corner je kan. 

Our mission not so call 'accomplish' sangat sebab apa yang di cari tu tidak begitu berkenan di mata. Saya hanya berjaya mencari lace untuk majlis reception di Jakarta saja, yang lain masih dalam misi lagi. Kakak2 saya yang lain pun sama, satu jenis kaler je yang berjaya di cari. Nampaknya kena ada lagi rombongan cik 'J' selepas ni, misi kena habiskan jugak...baju raya pun takde lagi ni 😔 

Kalau dah yang pempuannya semua di Jakel, yang lelakinya pulak lepak mamaks...adat la tu. Takdenya diorang nak serabut2 dalam kedai kain sama2 kan tapi tidak pada suami saya. Dia ni pandai sikit memilih jenis2 kain, comment macam2 la...bak umpama cik jemah katakan. Pening sales girl tu melayan setiap soalan dia sampai akhirnya panggil manager terus 😖

Suami saya memang macam tu, kalau bab kain ni memang dia lebih jemah dari saya + bergabung tenaga pulak dengan kakak2 yang lain. Saya lebih banyak diam dan menurut perintah 😜 

2 comments:

Azian Elias said...

sporting lah yr husband kan.. kalau akak, sure tak tau mende.. tau siap je.

Anis Azalea said...

Haha dapat laki cam Faizal tu untunglah kakak2 iparnya kan..eh tak cuba cari kat Gulatis ke.?