Tuesday, May 23, 2017

Chocolate Cheese Lava

Assalammualaikum semua...

Dah lama suami request nak makan cake, saya pun cepat je ajak dia pegi makan cake at any cafe yang dia suka tapi tak dimahunya. Nak makan cake yang saya bake sendiri. Ishhh kalau mood nak membaking tu takde, memang malas la nak panas2kan oven bagai...jadi sila tunggu sampai mood saya ada ye bang 😒

Sehinggalah sampai malam tadi, baru ada mood nak baking cake...mood datang sendiri ye tidak di paksa2. Petang semalam singgah baking shop beli barang2 dan start baking malam tadi jugak. Kalau mood tu dah ada, tak payah tunggu besok ke lusa ke tulat ke...dan2 tu jugak nak buatnya. Maka terjadilah Chocolate Cheese Lava version saya 😖

Cepat2 saya share resepi sebab lepeh ni tak tau bila musim nak buat lagi ken...

1 cawan UHT whipping cream
1 cawan minyak jagung
1 cawan serbuk koko
1 cawan castor sugar
1 cawan susu pekat manis
2 biji telur (great A's) - dipukul dan ketepikan

Bahan2 kering - satukan semua bahan dan ayak
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat 
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Satukan UHT whipping cream, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko and castor sugar ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api perlahan sehingga gula larut. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul tadi dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejab je tau dan selepas itu masukkan campuran bahan2 kering tadi. Masak sebentar sambil kacau rata dan tutup api. 

Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar secara steam bath pada suhu 170c @ 45 minit atau sehingga kek masak.

Cream Cheese
500ml UHT whipping cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon

Satukan cheese dan susu pekat manis, putar sehingga adunan lembut dan sebati. Masukkan UHT whipping cream and putar sehingga kental.

Coklat Leleh
250gm coklat masakan 
250ml UHT whipping cream
1 sudu golden syrup
1 sudu besar butter
1 sudu besar Nutella
1 sudu teh esen vanilla

Satukan coklat, butter dan Nutella dalm mangkuk. Masukkan UHT whipping cream and golden syrup dalam periuk dan panaskan sehingga berbuah kecil. Angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat tadi dan biarkan coklat mencair. Tambah esen vanilla and gaul rata dan coklat cair keseluruhannya. Biarkan sejuk sedikit. 

Saya tidak buat 2 lapisan kek. Letakkan cheese tadi diatas kek dan layerkan coklat di atasnya. Wallah...selamat mencuba.

2 comments:

Anum said...

wow sedapnyaaaaaaaaaaaa

nuyui a.k.a miss YUI said...

nmpk sgt sdp tu kak.