Saturday, May 13, 2017

Lunch dating @ Harrods Cafe

Assalammualaikum semua...

Macam mana hujung minggu uolsss setakat hari ini, hope everything is amazing 😇

Jumaat lepas saya and kawan2 office arrange for lunch dating at Harrods Cafe KLCC. Tiada masalah untuk buat pilihan tempat, once proposed terus semua setuju coz dalam KLCC kan...convenience for all nak datang. Nama je kawan2 office tapi we uolsss dah berlainan division and bangunan pun dah tak sama, so untuk berjumpa selalu tu memang agak mustahil kalau tiada urusan kerja. Percayalah kali terakhir kami reunion macam ni is on November last year before 1 of friend start cuti for maternity. Now she's back to the office after long cutis and we met again. 

Bila dah berjumpa tu macam2 perkara kena update kan, biasalah girls talk always like that 😉

Terus saja ke menu yang sama ambik, Harrods Beef Burger with Chunky Chips @ RM38...chunky hokey tapi memang betul2 chunky. Makan chips je rasanya boleh kenyang, maka jangan makan chips dulu. For my tekak, petite burger sangat juicy and so sedap 😊 

Mintak warm water saja since dah minum nescafe bikin sendiri pagi tu dekat office. Saya memang tak banyak sangat minum air manis2 ni 😋 bukan kedekut tapi itu adalah prinsip hidup sihat mihmihmih.

Lepas makan heavy lunch, mestilah nak something sweet pulak...itu memang saya punya perangai la. Itu yang tak suka order minuman yang manis2, nanti double sweet. Victoria sandwich cake (harga tak ingat), boleh la rasanya. Kalau nak buat perbandingan dengan my friend bake memang jauh beza la, my friend bake lagi sedap 😍

 Sebelum muka sememeh dengan makanan, kita snap sekali dua dulu 😏

Last not least, sebelum berpisah ke destinasi masing2...ambik gambo ramai2 dulu dekat depan entrance ni. Bukan kami yang pilih tapi adik pelayan yang cadangkan. Beria benor dia nak ambik gambo kami sampai macam2 cara dia suruh buat. Kami ni semua ikut je apa yang disuruh, memang seronok lah melayannya kan 😖

1 comment:

zoeyzauyah said...

sedapnya burger tu