Tuesday, June 6, 2017

11th Ramadhan - Dinner at Selera Ramai Ikan Singgang

Assalammualaikum semua...

Tak tau nak masak menu apa hari ni, sudahnya iftar tadi makan kurma dengan roti bakar 2 keping dengan teh o panas. Lepas tu terus saja solat magrib, baca al-Quran dan terus teringat nak makan dekat luar sajalah nanti. Kesian suami nanti tak cukup makan pulak kalau setakat roti bakar 2 keping saja. Nak ikutkan dia, memang ok saja tapi kita ni pulak rasa kesian yang lebih. Tapi bila ajak keluar makan, suami jugak yang hover beria nak bersiapnya kan...terbukti sangat sapa yang lapar sekarang ni 😅

Nak makan singgang la rasanya, terus saja kami keluar ke arah Chow Kit. 

Kedai pilihan, Selera Ramai Ikan Singgang. Singgangnya memang terbaik in town kata orang ramai, bukan saya sorang saja. Tapi kalau tanya suami, katanya singgang isteri buat lagi sedap...ok itu statement ambik hati supaya lepas ni saya boleh masak singgang pulak, tau dah tektik tu selalu dia guna 😆

Singgang ikan kembung semangkuk besau ko, besau agaknya ikan kembungnya. Ada budu dengan ulam sekali, itu saja menu kami. Lauk2 sampingan lain memang takde sebab saya tak suka makan budu dengan lauk2 yang lain, tak berapa nak IN tekak ni.  

No comments:

Sambal Tempoyak Pucuk Kayu

Assalammualaikum semua... Seronok la hari ini saya bersiaran di KUALA LUMPUR. Balik sekejab on biz trip, dapatlah spend time weekend de...