Friday, June 2, 2017

7th Ramadhan - Lontong dan kuih talam

Assalammualaikum semua...

Hari ini rasanya saya dah boleh digest routine Ramadhan yang agak mencabar pada awalnya. Isnin Selasa yang lepas, tak tau nak cakap macam mana punyalah mencabar keupayaan mata dibuatnya. Mengantuk tu kalau boleh dilayan mau rasa nak tido dari pagi sampai habis waktu kerja...penangan betul. Tapi bermula dari semalam dan hari ni getting better, dah tak rasa mengantuk lagi sepanjang hari. Tidak lagi rasa letih lesu. 

Bangun seawal 430am, sediakan susu kurma dan bread toast...ini saja memu bersahur saya suami isteri. Kecuali hujung minggu bila balik rumah keluarga tu barulah menu sahur bertukar kepada nasi. 530am, mandi solat dan terus bersiap untuk ke office. Keluar rumah dalam 615am sebab cuti sekolah, nanti dah habis cuti sekolah kena keluar awal lagilah gamaknya agar saya boleh sampai di office sebelum 7am.

Ada maksud tersirat jugak nak sampai office sebelum 7am tu. Biasalah, bila sampai awal boleh balik awal kan. Makanya by 3pm saya dah boleh balik kalau boss takde, kalau ada maknanya kena berbuka di luarlah.   

Kepingin bebenor rasanya nak makan lontong masa iftar semalam. Singgah bazaar ramadhan mencari lontong tapi nan hado. Kedai lontong yang biasa saya pergi tu memang tutup sepanjang Ramadhan ni. Alahaiii kenapalah waktu2 ni jugak tekak nak makan benda alah ni. 

Gambo di atas tu cuma hiasan semata ye. Takdenya saya berjaya makan lontong semalam. Rata2 yang jumpa gerai jual nasi ayam rempah, nari beriani, laksa saja...huhhh kecewa. Sudahnya saya beli kuih talam, itu pun sebab suami suka makan kuih talam. Ambik 19 potong sebab gerai tu ada jual 19 jenis talam 😁

Bila iftar makan kuih talam je dengan teh o panas, lepas tu boleh pulak bergaduh suami isteri pasal kuih talam. Terus hakak sentap masuk bilik tido sampai 4am tadi baru bangun utk sahur. Biasalah tu berkelahi suami isteri 🙈

Sambal Tempoyak Pucuk Kayu

Assalammualaikum semua... Seronok la hari ini saya bersiaran di KUALA LUMPUR. Balik sekejab on biz trip, dapatlah spend time weekend de...