Monday, August 7, 2017

Weekend yang sibuk

Assalammualaikum semua...

Buleh dikatakan sibuk la jugak tu kan, walaupun keluar masuk masuk rumah uruskan hal2 routine je pun. Pada saya perception tak sibuk hanyalah kalau duduk rumah semata tengok tv + membuta + mencekik selama 2 hari weekend tu kira free ya amat dah...sorga duniawi ko jemah kalau dapat 👰

Meh nak describe tahap kesibukan saya tu bermula dari Sabtu lepas. Subuh dah bangun nawaitu nya nak jogging tapi tak jadi sebab masalah bulanan pempuan dah sampai, tak suka jogging waktu2 tenat macam tu. Sambung tido semula sampai nak tengah hari 👹

Bangun mandi lepas tu terus buat light sarapan, light maksudnya makan biskut raya je...ada lah sebalang dua dalam proses nak habiskan sebelum raya haji, kang korang kata kuih raya jemah dah berkulat pulak. Suami memang tak kacau la weekend macam ni, lantak pi dia nak tido bangun kol berapa pun...weekend kan rest day. Terus menerus keletang kelentung masak lunch pulak, buat bihun soto. 

Sebelah petang selepas asar terus buat aktiviti luar. Pertama pegi kedai coconut shake dekat Kg Pandan bayar hutang air 2 cawan tak bayar lagi ari tu. Bukan jemah tak nak bayar tapi diorang yang suruh bayar kemudian 💃 Sambil bayar hutang, beli lagi 2 cawan coconut shake dia...tak payah nak susuh2 pegi Kelebang bagai. Lepas tu terus pegi pet shop beli makanan kucing dengan litter 3 bag sekali. Lepas tu langsung ke Segi Freshmart Shamelin beli ikan ayam sayur. Habis shopping barang2 basah kering, pegi masjid tepi MRR2 tu...maghrib. Lepas tu terus cari port dinner, pegi ayam meleket tutup pulak...tukar plan pegi makan makanan arab je. Suami nak makan roti arab, saya pulak makan shawarma aka kebab dekat kedai arab belakang Hon Tai Kim. Yang penting nak minum adani seteko. 

Dah habis kesibukan Sabtu. Meh sambung sibuk Ahad pulak.

Set jam nak jogging pagi tapi sengugut, memacam alasan kalau nak pegi jogging ni kan...tak jadi jugak and terus sambung tido 💤 sampai tengah hari. 

Bangun, mandi terus buat light sarapan...kali ni makan kerepek sisa raya jugak sebelum bau hapak tak bermakan lawan pulak dengan teh susu. Lepas tu terus menerus masak lunch. Buat sambal sotong, sayur peria goreng, ikan goreng dengan sambal belacan goreng. Lepas lunch terus tergolek depan tv tengok movie...lepas tu confirm movie pulak tengok saya 💤. Tido lepas makan nikmat, sapa tak nak kan. Sekarang ni suami dah ambik movie package dekat rumah tu and reject sport. Bolehlah layan sementara tak boring lagi, lepas ni nestaya tukar balik ke sport sebab movie tu akan ulang tayang siarannya sampai berbulan2...benci betul dengan astro ni kekadang asyik repeat benda yang sama berbulan2 sometime bertahun2 contohnya segala maharaja lawak la ape lawak la, drama sesengal tu pulun ulang tayang sampai naik meluat pun jugak. Lepas tu charge makin naik setiap tahun...lahanat sangat 😒

Bila malam menjelma lepas isyak, berangkut kain baju kotor bawak pegi dobi. Sekarang ni suami dah keja ikut office hour, tak merasa la lagi nak mendobi murah masa odd hour tu. Sorang sekarung baju kotor, sekali cuci kena 22 hengget...oklah terus boleh lipat lepas cuci kan. Kali je la empat kali basuh sebulan 😌

Mendobi duduk melangok sampai kain siap kering ni kerja susah jugak tau, lepas tu mesti perut pun lapar...cari pulak makan. Siang dah makan nasi malam makan fast food. Pegi kepci sebab teringin nak makan burger double down tu, bila tengok iklan tv sedap bebenor ngomannya. Itu review kemudian la ye. 

Dah habis kesibukan weekend jemah. Sibuk ke tu...boleh la ikut pada skala reactor jemah. Saya bukan retis yg busy sibuk nak pegi jemputan2 ni, payah sikit nak melayan kerenah2 tu 😏

Happy monday belussss semua 💅💇💋

10 comments:

Kakcik Nur said...

Bagi kakcik, Sabtu Ahad adalah masa untuk En Suami bawa jenjalan. Tak jauh ke mana pun tak apa, janji keluar rumah... :)

Warisan Petani said...

Kira macam diary jugalah ni.

Mia Liana said...

dapat bayangkan... busy jugak tu...

psstttt jemput join http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-2017.html

anamizu said...

uishh bizi betul la tu. byk urusan nak kena setelkan tu ha.
start dari pagi dah bgn nk jogging tetibe sesungut eh senggugut =P
pastu bawak ke tengah hari prepare ape smua.

ana ada sorang member yg suka basuh baju kat dobi jugak.
kes nye sbb tak sggup nak sidai. dikumpulnye baju satu minggu punye.
bawak basuh kat dobi siap kering. balik lipat/gantung je lagi dlm almari hehe

dear anies said...

lps mkn tgk movie tu kira sibuk ya? hahahaha


p/s br sempat menyinggah sini

mamapp said...

Sabtu ahad mmg la heave kalau dpt golek2 tidur lama2.. nikmat betul

nini said...

Hari yang bz...hehe...sedar sedar dah nak tahun baru =)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Cantik cawan tu. Teh tarik tu pun begitu menjadik mcm kat kedai. Nt bg resepi tau!

hainom OKje said...

Hihi...mmg bizi sungguh tu.setiap inci penuh dgn aktiviti.
Sama le kita Ann, hakak kalau hari bekerja mmg makan kerepek Raya jerlah...nak bagi habis. Dah katanya sorang yg makankan. Raya Haji rasanya tak habis lagi tu

Paah Jais said...

Betul busy tu... Rajinnya masak macam2... Saya ni dapat masak sup pun dah lega...

Jemput jalan ke blog saya...

https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/17/amalan-surah-surah-untuk-ibu-mengandung/