Skip to main content

Labu kuning goreng ikan bilis

Assalammualaikum semua...

Seronoknya cuti 3 hari, duduk rumah rasa heaven sangat. Takde dalam plan nak merayap mall haunter (so not me) bagai. Cuti macam nilah masa yang paling best dihabiskan di rumah sambil makan tido and bersenang lenang depan tv sambil layan movie.

Baru lepas masak, hidangan simple lauk orang bujang bak kata suami. Sebab apa lauk orang bujang, takde nak tumis2 lemak2 kuah2 bagai ni...semuanya goreng2 saja. Saya sangat suka makan labu, tak kisah type labu pun. Dari kecik arwah ayah dah ajar makan labu, dulu arwah suka buat sira labu...sedapnya bila makan sejuk2. Kalau pegi kenduri tahlil (dulu femes kalau kenduri tahlil mesti ada labu masak lemak putih) tu memang lauk labu lemak putih ni yang saya ambik, lauk lain tak merasa pun takpe. Even sekarang, dalam ais gobok mesti sentiasa ada labu, ikut mood nak masak apa sebab pada saya labu ni boleh dipelbagaikan resepinya.

Seperti hari ini, takde sayur tapi labu adalah penyelamat...jadilah kejadiannya labu kuning goreng ikan bilis.

Senang je cara nak masak labu goreng ni, sama macam goreng sayur saja cuma tambah ikan bilis. Goreng campak2 dalam kuali sampai labu tu lembut (letak sedikit air) dan ready to serve. 

Simple saja hidangan lunch hari ni kan + makan sorang saja. Suami ada kerja di luar tapi kebiasaanya dia akan balik lunch dekat rumah tapi lambat. Malas nak tunggu, saya makan dulu. Hidangan sampingan, ikan goreng, jeruk petai buat sendiri dengan budu. 

Bon appetit 🙏 

Comments

Nampak sedap. Selamat menjamu selera. :)
menu cmni pun dah ckup mnyelerakan. hehe
dear anies said…
sedapnya labu... selalu sy wat kuih je jrg buat lauk ;-)
Cho Zila said…
boleh buat gorengyer.. akak selalu buat gulailemak atau pengat
Maria Firdz said…
Tak pernah pula rasa dan makan resepi ni.. Nak cuba sy tak boleh makan labu pula.. Tapi nampak sedap..

Popular posts from this blog

Selsun Blue - Dandruff Treatment Shampoo

Kalau ada sapa2 yang mempunyai masalah dandruff dan rambut gugur macam saya, meh saya nak promote ini shampoo yang bagus untuk masalah2 seperti tu...Selsun Blue. dah macam2 jenis jenama shampoo dok balun sebelum ni tapi tak jugak berjaya menyelesaikan masalah kronik saya ni. street ko bila tengok ada je rambut gugur dekat lantai rumah setiap hari. kot buatnya gugur sehelai tumbuh 10 helai okay jugak kan tapi sebaliknya yang berlaku. mencuba dan terus mencuba segala jenis shampoo sehinggalah saya bertemu dengan Selsun Blue ni. 
Shampoo ni boleh didapati di Watson dan Guardian dengan harga yang agak boleh tahan la mahalnya. saya dulu berkira2 jugak nak  beli, dah la mahal buatnya tak sesuai tak ke membazir kan. takkan pulak nak mandikan kucing saya guna shampoo ni, tak patut tak patut. botol shampoo ni pun tak besar sangat ye, 200ml je.
Apa yang membuatkan saya suka sangat dengan shampoo ni, of course pada baunya yang wangi. saya memang suka shampoo yang ada unsur bau medicated ni. dan ya…

21st Century untuk daily supplement

Dari dulu lagi saya dah biasakan diri untuk mengambil supplement untuk badan cuma masa dulu2 tu selalu jugak derhakanya. alasan yang biasa sangat saya gunakan, TERLUPA nak makan. biasanya sebotol supplement tu akan makan masa yang lama untuk habis, biasanya 1/2 tahun kot. begitulah liatnya dulu2 bila masa nak makan supplement. 
Tapi tidak kini, selepas umur menginjak 3 series badan dah terasa kekurangan dari segenap sisi...supplement adalah amat penting. plus saya kini active bermarathon sana sini, berjalan sana sini, berzumba sana sini, berbootcamp sana sini...adalah amat penting untuk diri saya mengambil supplement tambahan untuk memperbaiki segala tisu2 yang rosak setiap kali badan melalukan activity yang berat. the best supplement yang biasa saya ambil adalah 21st Century, sangat berkesan untuk diri sendiri.

Am consume to this vitamins, Lecithin 1200mg, Spectrum Multivitamins & Minerals dan Maxi Cal. mudah je, dekat mana2 Watson, Guardian or any pharmacy ada jual. 

SPECTRUM MULT…

Hukum suami keluar malam

Nikah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 93-94 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.
Soalan
Kawan saya baru berkahwin. Suaminya suka keluar lewat malam bersama kawan-kawannya. Suaminya keluar jam 2 pagi dan pulang jam 5 pagi.
Apabila kawan saya melarang suaminya, mereka bergaduh dan suaminya berkata, "Semoga malaikat melaknat engkau." Adakah si isteri dianggap menderhaka kerana melarang suami keluar malam? Adakah perbuatan si isteri itu dilaknat Allah?
Jawapan
Suami berhak keluar rumah bila-bila masa sahaja beliau mahu dan tidak wajib suami menuruti kemahuan isterinya supaya berada di dalam rumah sahaja.
Namun, dalam rumah tangga Islam, isteri adalah penasihat. Apabila isteri melihat suatu yang tidak baik, maka tanggungjawab si isteri menasihati ataupun menegur suaminya dengan cara yang baik.
Bagi suami pula, jangan…