Sunday, October 22, 2017

Masa kereta masuk bengkel

Assalammualaikum semua...

This week agak 'patah kaki' sikit, kiranya pergerakan tu agak terbatas lokasinya. Kereta masuk bengkel malam Ahad lepas. Breakdown betul2 pulak depan Intermark around 730pm. Mujur saja on Sunday night kan, buatnya waktu puncak hari bekerja, memang buat havoc uolsss. Kereta betul2 tak boleh start, macam2 drama la in between tu sementara nak tunggu pomen sampai. 

Sementara menunggu pomen sampai, saya pegi makan dulu di KFC Ampang Park sementara suami tunggu pomen sampai. Lepas makan terus back tu location, pomen pun dah sampai and tengah check kereta. Confirm tak boleh start terus call insurance agent for towing service. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, untuk pertama kalinya kereta naik lori tow 😁 ke bengkel.

Major problem jugak dengan kereta tu tapi tuan kereta kenalah berlapang dada, kereta selalu guna kan + dah berusia...bertabah la hati jiwa raga 😂. Selepas postmortem, disahkan oleh tukang pomen yang bertauliah 😃 kereta saya terpaksa di top overhaul. Sampai sekarang kereta masih dalam bengkel lagi, sepanjang minggu ni saya ke tempat kerja naik bus saja, luckily cuti sekolah seminggu...kurang trafic. 
  
Q masa sushi bonanza yang lepas, masa ni je saya ke Sushi King 😄

Hari ini terasa macam nak lunch dekat Sushi King je and lokasi terdekat tentulah dekat Ampang Point tapi sebab paneh sangat2 sekarang ni, masak maggi je sudah. Cuma petang2 ni still ke Ampang Point jugak, pegi layan kopi lagi di Starbucks. Setakat ke sana memang saya ambik Grab je la sebab suami ni tak suka menunggu bus bagai, maklumlah orang lelaki ni mana boleh tunggu2 kan. 

Hopefully next week kereta dah ready. Isnin ni saya dah kena plan nak ke KLIA dengan beg yang berat tu. Grab lah jugak nampak gayanya sampai BTS dan dari sana ambik ERL ke airport. Boleh la balik dari travel nanti makan dekat Sushi King, maybe masa tu dah ada mood nak makan sushi 😆 

Today ada wedding invitation pun terpaksa decline atas logistic problem ni. Bila difikirkan balik, memang kereta itu satu keperluan dalam hidup 😅 Bila dah kereta masuk bengkel macam ni, baru terasa kepayahannya. 

4 comments:

Maria Firdz said...

Moga kereta cepat sembuh... Hehe

Azian Elias said...

kereta masuk workshop mmg trouble lah kan.
tapi now i tak kesah sebab ada UBER. lega.

Azhafizah MN said...

Semoga segala urusan dipermudahkan. Aaminn

OKje said...

Mmg patah kakilah ye....nasiblah ada grab sekarang ni, mmg senang bangetlah ek.
Mcm jauh nak berjalan tu nampaknya