Monday, February 12, 2018

Ayam Kicap Pedas Madu Daun Kari

Assalammualaikum semua...

Selamat ber-Monday tapi jangan blues. Sabtu lepas Ampang hujan lebat uolsss, sejuk alam semesta. Tapi alhamdulillah, sejuk dingin kita tido malam tu 💤. Kucing2 semua duduk mengepit sama atas katil, dalam selimut. 

Minggu ini takde ke mana2, plan hujung minggu ni pun nak duduk di rumah sahaja...cuma Khamis pagi nak balik Seremban sempena hari raya, Jumaat dah boleh cabut balik Ampang semula. Jadi apa lagi kalau di rumah sendiri, mesti masak2 makan bersama suami. Minggu seterusnya saya kena travel so masak banyak weekend tu nanti, boleh pack as frozen food untuk suami sepanjang minggu. Duduk berjauhan selalunya macam ni lah cara kami, suami bukannya suka sangat makan dekat luar kalau sorang2. 

Suami nak makan ayam Sabtu lepas, minggu lepas my kakak bekalkan rendang daging untuk dia...bekalan seminggu tu and still ada lagi 2 bekas dalam ais gobok. Dah tak lalu gamaknya tengok daging. Pagi keluar pegi pasar basah, beli 2 ekor ayam terus. Tak masak semua sekali, simpan separuh...nanti senang boleh goreng kunyit sajo. Tapi hari tu saya masak ayam kicap pedas madu karipulai. Daun kari dengan madu main ingredient, jangan tinggal 2 benda ni.  

Ayam 
Bawang besar - hiris nipis
Daun kari
Tomato - belah 4
Bawang merah *
Bawang putih * 
Halia *
Serai - diketuk
Cili kisar
Sos tiram
Kicap pekat
Madu
Cili merah - potong serong
Bahan perisa
Serbuk kunyit

ps: sukatan bahan2 bergantung pada uolsss sendiri.

Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata. Goreng sehingga masak dan toskan. Dengan menggunakan minyak yang sama tapi kurangkan kuantiti untuk menumis bawang besar, serai dan daun kari sehingga agak layu. Masukkan bahan2 yang bertanda * (dikisar) dan cili kisar. Masak sehingga garing dan naik bau. Masukkan sos tiram, kicap pekat san madu, kacau mesra. Tambah bahan perisa jika perlu dan masukkan tomato dan hirisan cili merah. Last masukkan ayam goreng tadi dan gaul mesra. Wallah, boleh dimakan dengan nasi panas sambal colek ulam2an yang uolsss suka 😁


4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

fiza linolie said...

Pwewww...terliur tengok. Hujan2 terasa lapar...mengadap pulak entri lauk. Haha...

Azhafizah Md Nor said...

menarik menunya ni.