Wednesday, February 21, 2018

Diet?!!!

Assalammualaikum semua...

Tersedar, tengok jam dah 8pm. Terus gegas mandi, budget masa kejab lagi mesti ada yang call ajak dinner. Hari ni makan lunch terlebih dari biasa, menjelang petang tadi punya berat mata ni menahan ngantuk. Mujur habis meeting awal, terus balik hotel tapi tak terus tido sebaliknya pegi self-service dobi cuci pakaian. Besok dah nak balik KL, cuci bersih baju kotor nanti senang boleh tinggalkan dekat office Johor sahaja. Macam tu lah kebiasaanya, tak perlu mengandar beg berat setiap minggu. Itu yang penting 😁

But the thing that i always bawa bersama setiap kali travel, my F1 Herbalife. Walau travel dan sentiasa sibuk tapi tetap akan mencari masa ke gym untuk do some training or body building. Ada some gym friends too, itu yang tak pernah rasa bosan walaupun berada jauh hujung2 Malaysia. Cuma route nak lari je yang tak berapa nak secure sebab surrounding. Lari tu boleh lari tapi 'safety first' yang penting, tak boleh main redah saja. Tunggulah dulu, nanti maybe akan ada jugak on road run training, kena slowly plan on this.

Itulah sebabnya saya sentiasa ada this protein shake with me 😃   

Kalau malam tak keluar dinner, dapat secawan 3 in 1 coffee dengan biskut pun dah cukup nikmat. Cicah biskut dengan kopi sambil tengok tv or buat kerja atas katil, 'terbaik' moment tuh. Kalau balik gym, dah tak lalu nak makan benda2 lain...ini jugaklah menu paling best pun. Boleh tido lena lepas tu. 

Sis tak diet hokey 😅

4 comments:

sudipVSsenduk said...

duluuuuu.. 1 ofis rajin minum herbalife ni.
Kena ada geng baru best :)

Hans said...

wah confirm kurus

dear anies said...

wahhh lg kurus laa pasni ya ;-)

Sheila Adziz said...

selamat berdiet... bgs jg kesihatan