Sunday, February 18, 2018

Oat

Assalammualaikum semua...

Selamat hari raya cina every amoi2 cantik semua, selamat long holiday sepanjang kenderaan di highway jugak 😒

Hari ni balik Seremban seperti yang dijanjikan dengan my kakak. Pagi keluar rumah selepas uruskan semua makan/minum kucing. Kalut2 pun keluar rumah about 11am, terus survey kedai tayar kereta kot2 ada yang bukak. Alhamdulillah ada yang bukak tapi bukan kedai tayar tapi workshop biasa. Bila tanya, bolehlah diorang nak tukarkan tayar...no choice kena pakai jugak spare tyre dulu. Tayar sedia ada dah keluar benang, memang tunggu masa nak pecah je 😓 Minggu depan baru cari tayar baru, keselamatan HARUS diutamakan.

Settle semua terus drive balik Seremban, hailahhh punya banyak kereta on the road. Terus change route masuk highway KLIA and connect jalan lama dari Bandar Enstek. Sampai Seremban dah 2++pm, akhirnya saya tak jadi nak balik kampung Jelebu...kesian kakak jugak sebab sama2 tak dapat balik. Sepatutnya nak attend wedding invitation saudara mara dekat kampung tapi dah lewat sangat untuk kami nak balik pun 😖 Sudahnya pegi makan kenduri dekat kedai makan sajo.

Malam minggu stay dekat Seremban, besok bersedia lagi sekali nak mengadap jammed tapi dah pikir route mana nak ikut as backup. Benci lah habiskan minyak sian2 mengadap jammed ni, walaupun turun sepuluh sen tapi harga petrol masih mahal lagi weh 😞 

Tadi keluar mendobi baju dekat area Senawang, port dobi mesti dekat dengan mamak. Nak minum teh halia panas, perut tak sedap sebab kena period pain...adoiii rasa macam nak berguling2 dekat rumah. Sapu sport oil pun tak mampan walaupun dah cukup panas minyak tu. Kali ni period pain agak terlebih sakit berbanding bulan2 sebelum ni, entah kenapa pun tak tau. Bertahan sajalah. Dah jaga makan seminggu ni, makan oat setiap hari tapi kalau dah nak sakit tu tak boleh ditahan2.

Tadi malam masa dinner pun makan oat dengan buah2an + walnut sambil layan cerita "Kebaya Mek Hwa". Seronok pulak cerita tu, not to heavy dengan feeling2 terlampau bahasa2 manja lagi mengelikan anak tekak. Drama melayu sekarang ni memang aneh + maleh la nak follow, gedik sama2 NAIK je 😷 

3 comments:

fizalinolie said...

Betul tu....bila perayaan confirm jammed.encik suami pun layan kebaya mek Hwa semalam. Dia kata best...

Maria Firdz said...

Menu sihat tu... Bagus amal selalu...

dear anies said...

hari2 mkn oat boleh kurus ni ;-)